Friday, October 8, 2010

TNB Rawang: Tahanan reman dilanjut 24 jam lagi

Tahanan reman ke atas tiga orang yang ditangkap kerana cuba menghalang pekerja Tenaga Nasional Bhd (TNB) membina menara kabel voltan tinggi di Kampung Baru Rawang semalam, dilanjutkan sehingga tengahari esok.

NONEPolis memohon untuk mereman mereka selama empat hari, tetapi majistret hanya membenarkan mereka ditahan reman selama 24 jam lagi.

Menurut peguam mereka, HC Tan, majistret berkata dakwaan kesalahan mereka - menghalang tugas pegawai awam dan merosak harta awam - tidak serius, dan oleh itu tempoh 24 jam sudah memadai untuk polis menjalankan siasatan.

"Polis perlu membebaskan mereka sebelum jam 12 tengahari esok," tambah Tan.

NONEKetiga mereka ialah adalah A Kumaran dan Alex Gan - pembantu ADUN Rawang Gan Pei Nei - dan penduduk Kampung Baru Rawang, Wan Hang Ming.

Kira-kira 30 penyokong dan penduduk, termasuk anggota exco Selangor, Xavier Jayakumar dan ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Lee Khai Loon, hadir memberikan sokongan mereka.

MPS henti pembinaan

Ketiga-tiga ditangkap ekoran insiden selepas pekerja TNB datang ke kampung itu untuk memulakan kerja pembinaan menara tersebut pada jam 9 pagi semalam, bersama kira-kira 50 anggota polis.

NONEPertengkaran berlaku apabila penduduk cuba menghentikan kerja
pembinaan itu, mengakibatkan ketiga mereka ditahan.

Ketegangan itu hanya berakhir pada jam 4.30 petang apabila pegawai MPS tiba dan mengarahkan kerja pembinaan itu dihentikan kerana pihaknya belum memberi kelulusan.

TNB berusaha meneruskan pembinaan menara kabel voltan tinggi itu yang terhenti lima tahun lalu, setelah penduduk mencabarnya di mahkamah.

NONEPerkara itu sampai ke Mahkamah Persekutuan di mana keputusannya memihak kepada TNB.

Bagaimanapun, para penduduk masih membantah usaha syarikat berkenaan untuk meneruskan pembinaannya pada bulan Mac.

Kerajaan Selangor kemudian campurtangan dan menawarkan tapak alternatif untuk membina menara tersebut


View the original article here

No comments:

Post a Comment