Monday, October 11, 2010

Anwar jangan selektif, kata Mustapa

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) dengan mendakwa ketua pembangkang itu menggunakan data secara selektif untuk memburukkan kerajaan.

Mustapa berkata, walaupun kerajaan mengakui bahawa persaingan global menurun, gambaran sebenarnya tidak seburuk yang digambarkan oleh Anwar.

NONEAntaranya, menurut beliau, Anwar bersifat selektif mengutip pandangan daripada laporan tertentu, antaranya tidak menyebut tentang Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2009 oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) tentang keberkesanan kerajaan dan persaingan perniagaan.

Menurut buku itu, Malaysia melompat 10 anak tangga ke tempat kesembilan daripada 58 negara yang dikaji.

Mustapa (kanan) menggambarkan Anwar menggunakan data yang ketinggalan apabila menimbulkan laporan Bank of America Merrill Lynch bukan lepas yang menyatakan Malaysia sebagai pasaran yang tidak digemari daripada 12 negara Asia Pasifik.

Menteri itu berkata dalam susulan bank itu, Malaysia sebaliknya menunjukkan peningkatan.

Mustapa juga pengerusi Umno Kelantan berkata, tidak menafikan kerajaan perlu peningkatan, kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Tranformasi Ekonomi (ETP).

[Baca berita penuh]


View the original article here

PAS juga umum calon Galas 24 Oktober

PAS akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Galas pada 24 Oktober, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun.

Beliau berkata semua senarai calon parti itu untuk pilihan raya tersebut telah diserahkan kepada Majlis Syura untuk diperhalusi sebelum diputuskan secara muktamad.

"Kita (PAS) bercadang membuat pengumuman nama calon 24 Oktober ini serentak dengan hari pengumuman yang akan dibuat oleh parti lawan BN, ini dikirakan sesuai dan adil bagi semua pihak," katanya kepada Bernama di Pasir Mas hari ini.

Beliau yang juga anggota DUN Bukit Tuku berkata, mengikut kebiasaannya selepas mengumpul senarai nama calon berkenaan, anggota pimpinan PAS pusat akan membuat kaji selidik dan semakan secara terperinci latar belakang calon terbabit sebelum membuat keputusan.

"Mereka akan turun ke bawah untuk memastikan calon yang paling sesuai dan memenuhi ciri-ciri kriteria yang dikehendaki sebelum membuat keputusan muktamad," katanya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat membayangkan bahawa Orang Asli adalah antara senarai nama calon yang dicadangkan oleh parti kawasan berkenaan untuk diserahkan ke peringkat pimpinan parti itu.

Mengenai pelancaran jentera pilihan raya PAS bagi menghadapi kempen di kawasan Galas itu, Abdul Fatah berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan merasmikan majlis pelancaran jentera pilihan raya itu pada 19 Oktober ini.

"Tarikh itu dianggap sesuai sebagaimana dipersetujui Menteri Besar Kelantan itu sendiri," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan pada 4 Nov jika ada pertandingan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Che Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 Sept lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkann hari penamaan calon ialah pada 26 Oktpber.

--Bernama


View the original article here

Friday, October 8, 2010

Budaya 'gay', PAS mahu konsert Lambert dibatal

PAS hari ini mengajak rakyat khususnya penggiat seni dan penghibur tanahair supaya membantu parti itu mempertahankan jati diri dunia hiburan tempatan daripada terus tercemar oleh anasir-anasir luar, lapor Harakahdaily.

a kugan detention death funeral ummc to puchong 280109 kuala selangor mp dr dzulkefly ahmadSehubungan itu, Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengajak rakyat membantah rancangan terbaru kerajaan mengizinkan Konsert Adam Lambert yang dijadualkan pada 14 Oktober depan.

"Saya yakin rakyat sependapat dengan PAS, iaitu hiburan adalah tuntutan naluri manusia dengan ada tatasusila ketimurannya dan tidak menyimpang dari norma-norma agama di Malaysia,” katanya.

Menurut Dr Dzulkefly jika “budaya mencium pemain keyboard lelaki, beraksi lucah antara penari lelaki yang lain yang digayakan oleh penyanyi gay itu” yang mahu dibawa ke negara ini, rakyat diyakini akan menolaknya.

Katanya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Artis Luar Negara (Puspal) sepatutnya tidak semberono bersetuju membawa artis gay itu ke negara ini.

Budaya liar

Ini kerana, kata ahli parlimen Kuala Selangor itu, Lambert sebenarnya dikecam hebat oleh dunia apabila melakukan beberapa adegan kontroversi di pentas Anugerah Award Amerika sebelum ini.

Berikutan itu, rancangan televisyen Good Morning America terbitan ABC di Amerika Syarikat membatalkan penampilan Lambert kerana menolak budaya liar penyanyi gay berkenaan.

“Gaya hidup Amerika yang selalu kita anggap bebas pun menolak semua ini, mengapa kita (kerajaan) yang selalu mengaku kitalah Islam tidak belajar semua ini?” soalnya.

azlanBaginya, kerajaan sepatutnya mengambil berat soal menjemput selebriti asing memandangkan KPKK serta Puspal pada Mei lalu telahpun ditegur apabila membenarkan penyanyi lucah Pitbull mengadakan persembahan di negara ini.

"Kerajaan seakan tidak kisah semua ini kerana selepas konsert Pitbull dibantah 15 Mei lalu pun, kerajaan nampaknya masih memberi kelulusan pada syarikat yang sama untuk menjemput Adam Lambert," katanya lagi.


View the original article here

'Keputusan mahkamah menyebelahi Felda'

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan berhubung bayaran tanaman semula kepada peneroka "kerana ia menyebelahi Felda".

NONE"Felda tidak kalah dalam kes ini. Kita tidak merayu kerana selama ini, mereka yang menguruskan kebun sendiri memang diberi wang tanaman semula itu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Felda," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau yang juga ketua penerangan Umno menjawab kenyataan pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman yang dipetik oleh Harakah sebagai berkata "Felda Kalah lagi".

Pada 29 September lalu, Harakahdaily melaporkan Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya berikutan saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

FeldaNamun, hakim memutuskan, bayaran berkenaan hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak mencukupi.

"Ini bermakna, keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuantan adalah selari dengan dasar Felda mengenai proses pengeluaran wang Tabung Tanam Semula," tambah Ahmad dalam satu kenyataan yang diedarkan di sidang akhbar tersebut.

Menurutnya, Felda tidak pernah menghalang atau menyekat pemberian wang tanam semula kepada mana-mana peneroka yang tanam semula secara sendiri.

felda cow cattle rearing centre palong 120206 signage"Walau bagaimanapun, wang tanam semula tersebut boleh diberi sekiranya peneroka terlibat mematuhi syarat atau garispanduan yang telah ditetapkan oleh Felda," katanya.

Menurutnya lagi, keputusan mahkamah tersebut adalah selari dengan dasar Felda mengenai proses pengeluaran wang Tabung Tanam Semula.

"Ia juga secara tidak langsung menunjukkan garis panduan selama ini adalah sesuai untuk diterima pakai. Dalam kes ini, Felda sebenarnya tidak kalah. Jika mereka tidak mengemukakan saman, Felda telah pun melaksanakan keputusan," katanya.

Ahmad juga menegaskan bahawa adalah tidak benar bahawa wujud 11,000 peneroka yang perlu dibayar RM261.8 juta oleh Felda "kerana tanaman semula adalah proses berterusan".

felda cow cattle rearing centre palong 120206 field"(Seramai) 14,882 peneroka yang menguruskan sendiri kebun dan mengikut garis panduan Felda, telah dan sedang dibayar wang tanam semula," tambahnya.

Katanya, tiga peneroka daripada 11 peneroka Sungai Koyan itu telah dibayar kerana mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

"Jadi tiada isu yang mengatakan bahawa Felda enggan membayar wang tanam semula tersebut seperti yang dinyatakan oleh Mazlan Aliman," katanya.


View the original article here

Permohonan rayuan Dr Asri diputuskan 28 Disember

Permohonan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Shah Alam yang membenarkan semakan kehakiman pihak pendakwaan supaya kes itu didengar di Mahkamah Tinggi, akan diputuskan 28 Disember depan.

Panel Hakim Mahkamah Rayuan Selangor yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ibrahim Lembut, Datuk Md Yusup Che Teh dan Datuk Aidi Mokhtar menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pcMohd Asri selaku pemohon diwakili peguam syarie Kamar Ainiah Kamaruzaman sementara Ketua Pendakwa Syarie Selangor Abdul Shukor Abdul Halim hadir bagi pihak pendakwaan.

Mohd Asri mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada 28 April lepas, yang membenarkan permohonan semakan kehakiman daripada pihak pendakwaan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Rendah Syariah sebelum ini yang menolak permohonan mereka untuk memindahkan kes Mohd Asri ke Mahkamah Tinggi.

Mohd Asri, yang menghadapi tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah, membuat permohonan itu mengikut Seksyen 67 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang dibaca bersama Seksyen 167 Enakmen Tatacara Jenayah Negeri Selangor 2003.

Pada 18 Nov tahun lalu, beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah kediaman di Lorong 2C, Taman Sri Ukay, Ampang antara jam 8.10 malam dan 9.45 malam 1 November tahun lalu.

Mohd Asri didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, dalam hujahannya Kamar Ainiah berkata pada peringkat ini, kekhilafan atau kesilapan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi bukan menjadi isu tetapi persoalannya ialah permohonan anak guamnya adalah permohonan yang melibatkan kepentingan awam.

Beliau berkata pihaknya sebelum ini telah memfailkan notis rayuan berhubung keputusan permohonan semakan itu tetapi ia tidak diluluskan dengan arahan supaya pihaknya memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu terlebih dahulu.

"Dalam mendapatkan kebenaran untuk merayu, persoalan tentang kepentingan awam perlu wujud dan pada pendapat saya persoalan itu memang wujud dalam rayuan anak guam saya," katanya.

Kamar Ainiah berkata hujahan pihak pendakwaan semasa semakan kehakiman bahawa ketua pendakwa syarie mempunyai kuasa mutlak untuk memindahkan mana-mana kes ke Mahkamah Tinggi mempunyai impak yang besar dan luar biasa kepada kes-kes akan datang.

"Keputusan hakim Mahkamah Tinggi juga beri impak sangat besar kepada kepentingan awam dan hak tertuduh di luar sana bila kuasa mutlak terletak di tangan setiap ketua pendakwa syarie untuk pindah kes pada bila-bila masa atau pada mana-mana peringkat prosiding.

"Kuasa hakim dicantas walhal mahkamah adalah satu-satunya tempat orang awam dapat perlindungan dan keadilan," katanya.

Abdul Shukor pula berhujah di bawah kedua-dua peruntukan Seksyen 67 dan Seksyen 167 itu, terdapat frasa atau perkataan yang menyebut bahawa menjadi budi bicara hakim dalam menentukan sesuatu permohonan rayuan.

"Permohonan beri kuasa kepada hakim sama ada untuk terima atau tidak terhadap sesuatu permohonan merayu. Ia bukanlah bersifat mandatori. Mahkamah juga ada kuasa untuk menolak permohonan jika didapati isu-isu yang ingin dibangkitkan di peringkat rayuan tidak mengikut kehendak prosedur.

"Isu sama ada perkara-perkara atau isu rayuan yang hendak dipohon sama ada telah disentuh atau dibincang telah diputuskan oleh hakim Mahkamah Tinggi, jadi tidak boleh dijadikan alasan dalam kebenaran merayu," katanya.

- Bernama


View the original article here

Pemansuhan PMR, UPSR diumum 'bila-bila masa'

Keputusan sama ada untuk memansuh atau mengekalkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibuat pada "bila-bila masa", kata Timbalan Menteri Pelajaran, Puad Zarkashi.

Dr Puad ZarkashiKatanya, pengumuman rasmi berhubung keputusan itu akan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran.

"Ia akan dibuat pada bila-bila masa sahaja...Sebab (perkara) ini kita tidak perlu buat secara terburu-buru.

"(Kita) perlu buat secara berhati-hati untuk memastikan keputusan yang kita buat itu, adalah keputusan yang terbaik untuk pelajar-pelajar kita.

"Kita belum buat keputusan yang terakhir. (Perkara) ini terserah kepada menteri untuk buat keputusan. Kita telah dimaklumkan laporan itu sudahpun disiapkan. Dan pada saya, elok kita tunggu keputusan (daripada beliau)," katanya dalam satu media di ibu negara pagi ini.

Puad berkata keputusan itu juga perlu mengambil kira objektif pendidikan negara yang mementingkan pembangunan modal insan.

education high school girls 040405Beliau yang juga ahli parlimen Batu Pahat berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Muhyiddin bahawa pengumuman keputusan untuk memansuhkan atau mengekal PMR dan UPSR akan dibuat selepas raya.

Sebelum itu Puad merasmikan majlis penutupan Kerjasama Malaysia-Australia untuk projek Pendidikan Afghanistan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di Lembah Pantai.

Menurutnya, projek kerjasama itu bertujuan untuk memperbaiki kaedah pengajaran pensyarah dan guru dari Afghanistan.

Malah katanya, projek selama 14 minggu ini juga bertujuan memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris dan penguasaan maklumat dan teknologi di kalangan pendidik di negara tersebut.


View the original article here

EGM Gerakan Pulau Pinang diteruskan Ahad ini

Timbalan presiden Gerakan, Ko Chang Yuan mengesahkan hari ini bahawa mesyuarat luar biasa (EGM) Gerakan Pulau Pinang Ahad ini akan diteruskan walaupun tersebar berita yang mengatakan ia mungkin dibatalkan pada saat-saat akhir.

NONEChang (kanan), yang juga pengerusi Gerakan Perak berkata, beliau
telah dilantik untuk mempengerusikan EGM itu, yang dijangka menyaksikan 393 perwakilan di negeri itu mengundi sama ada mahu mengekalkan Dr Teng Hock Nan sebagai pengerusi Pulau Pinang.

Chang berharap EGM itu berjalan tanpa insiden yang tidak diingini, sambil menambah beliau telah menerima emel dan SMS yang mengatakan beliau tidak perlu datang ke Pulau Pinang kerana perwakilan di negeri itu boleh menangani sendiri masalah tersebut.

"Tetapi saya ingin mengatakan bahawa semua perwakilan mesti hadir di EGM itu untuk mengundi menyokong atau menolak petisyen tersebut. Saya mengharapkan kehadiran 100 peratus," katanya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat parti di Jalan Macalister.

Untuk mengelak tuduhan berat sebelah, Chang berkata, pihak parti akan mendapatkan bantuah ahli dari Kedah untuk membantu perjalanan EGM tersebut.

Tiada perbahasan, hanya mengundi

Pengerusi Gerakan Kedah yang juga ADUN Derga, Dr Cheah Soon Hai akan berada di Pulau Pinang Ahad ini untuk membantu Chang.

"Kita tidak seperti parti lain, terutama DAP, yang menggunakan

NONE

segala cara untuk memastikan parti itu tetap utuh," tambah Chang, yang juga penasihat kepada menteri besar Perak.

EGM itu akan bermula jam 10.30 pagi, dengan proses pengundian akan mengambil masa sejam.

Juga tidak ada sebarang pembahasan dalam EGM tersebut kerana penyokong dan penentang Teng, telah sepakat untuk menumpukan kepada proses pengundian.

[Baca berita penuh]


View the original article here