Tuesday, September 28, 2010

Bangunan runtuh: Pengarah syarikat didakwa

Seorang pengarah syarikat pembinaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berhubung kes runtuhan bangunan Pasaraya Jaya di Seksyen 14 di Petaling Jaya yang meragut tujuh nyawa pada 28 Mei tahun lalu.

jaya supermarket building collapse 290509 04Yap Choon Wai, 54, didakwa sebagai pengarah syarikat dan majikan telah gagal untuk memastikan, setakat yang praktik, bahawa orang lain yang bukan pekerjanya tidak terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan ketika kerja-kerja perobohan.

Bangunan di projek cadangan meroboh bangunan pejabat dan kompleks beli-belah itu adalah untuk pembinaan semula bangunan kompleks beli-belah tujuh tingkat dan empat tingkat bawah tanah tempat letak kereta di Jalan Semangat di Petaling Jaya.

Bagi kesalahan itu, Yap didakwa mengikut Seksyen 17 (1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 19 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selasa lalu, syarikat pembinaan yang dimiliki Yap iaitu syarikat pembinaan C W Yap Sdn Bhd didakwa di mahkamah atas tuduhan sama.

jaya supermarket building collapse 290509 03Yap yang hadir mewakili syarikatnya mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Aida Farihan Mohd Nawi memohon jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap Yap dan meminta kes itu dibicarakan sekali atas alasan kejadian tragedi itu melibatkan waktu, tarikh dan lokasi yang sama.

Peguam Goh Keng Tat yang mewakili Yap memohon wang jaminan RM1,000 dikenakan ke atas anak guamnya bagi memastikan kehadiran Yap di mahkamah.

"Tambahan pula, syarikatnya masih lagi menjalankan projek di situ. Adalah tidak munasabah bagi dia melarikan diri," katanya.

jaya supermarket building collapse 280509 01Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk kes didengar bersama serta membenarkan Yap diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Hayatul Akmal kemudiannya menetapkan 27 Oktober depan untuk sebutan semula kes itu.

Pada kejadian 28 Mei tahun lalu, keruntuhan struktur bangunan berlaku di bekas tapak Pasaraya Jaya yang mengandungi bangunan pejabat sembilan tingkat dan kompleks membeli-belah empat tingkat.

Kemalangan itu mengakibatkan bahagian empat tingkat bangunan Pasaraya Jaya dengan tempat letak kereta di tingkat bawah tanah runtuh sepenuhnya dan mengorbankan tujuh nyawa.

Kemalangan berlaku ketika kerja perobohan bahagian bangunan itu dijalankan.

- Bernama


View the original article here

No comments:

Post a Comment