Monday, October 11, 2010

Anwar jangan selektif, kata Mustapa

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) dengan mendakwa ketua pembangkang itu menggunakan data secara selektif untuk memburukkan kerajaan.

Mustapa berkata, walaupun kerajaan mengakui bahawa persaingan global menurun, gambaran sebenarnya tidak seburuk yang digambarkan oleh Anwar.

NONEAntaranya, menurut beliau, Anwar bersifat selektif mengutip pandangan daripada laporan tertentu, antaranya tidak menyebut tentang Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2009 oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) tentang keberkesanan kerajaan dan persaingan perniagaan.

Menurut buku itu, Malaysia melompat 10 anak tangga ke tempat kesembilan daripada 58 negara yang dikaji.

Mustapa (kanan) menggambarkan Anwar menggunakan data yang ketinggalan apabila menimbulkan laporan Bank of America Merrill Lynch bukan lepas yang menyatakan Malaysia sebagai pasaran yang tidak digemari daripada 12 negara Asia Pasifik.

Menteri itu berkata dalam susulan bank itu, Malaysia sebaliknya menunjukkan peningkatan.

Mustapa juga pengerusi Umno Kelantan berkata, tidak menafikan kerajaan perlu peningkatan, kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Tranformasi Ekonomi (ETP).

[Baca berita penuh]


View the original article here

PAS juga umum calon Galas 24 Oktober

PAS akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Galas pada 24 Oktober, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun.

Beliau berkata semua senarai calon parti itu untuk pilihan raya tersebut telah diserahkan kepada Majlis Syura untuk diperhalusi sebelum diputuskan secara muktamad.

"Kita (PAS) bercadang membuat pengumuman nama calon 24 Oktober ini serentak dengan hari pengumuman yang akan dibuat oleh parti lawan BN, ini dikirakan sesuai dan adil bagi semua pihak," katanya kepada Bernama di Pasir Mas hari ini.

Beliau yang juga anggota DUN Bukit Tuku berkata, mengikut kebiasaannya selepas mengumpul senarai nama calon berkenaan, anggota pimpinan PAS pusat akan membuat kaji selidik dan semakan secara terperinci latar belakang calon terbabit sebelum membuat keputusan.

"Mereka akan turun ke bawah untuk memastikan calon yang paling sesuai dan memenuhi ciri-ciri kriteria yang dikehendaki sebelum membuat keputusan muktamad," katanya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat membayangkan bahawa Orang Asli adalah antara senarai nama calon yang dicadangkan oleh parti kawasan berkenaan untuk diserahkan ke peringkat pimpinan parti itu.

Mengenai pelancaran jentera pilihan raya PAS bagi menghadapi kempen di kawasan Galas itu, Abdul Fatah berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan merasmikan majlis pelancaran jentera pilihan raya itu pada 19 Oktober ini.

"Tarikh itu dianggap sesuai sebagaimana dipersetujui Menteri Besar Kelantan itu sendiri," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan pada 4 Nov jika ada pertandingan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Che Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 Sept lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkann hari penamaan calon ialah pada 26 Oktpber.

--Bernama


View the original article here

Friday, October 8, 2010

Budaya 'gay', PAS mahu konsert Lambert dibatal

PAS hari ini mengajak rakyat khususnya penggiat seni dan penghibur tanahair supaya membantu parti itu mempertahankan jati diri dunia hiburan tempatan daripada terus tercemar oleh anasir-anasir luar, lapor Harakahdaily.

a kugan detention death funeral ummc to puchong 280109 kuala selangor mp dr dzulkefly ahmadSehubungan itu, Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengajak rakyat membantah rancangan terbaru kerajaan mengizinkan Konsert Adam Lambert yang dijadualkan pada 14 Oktober depan.

"Saya yakin rakyat sependapat dengan PAS, iaitu hiburan adalah tuntutan naluri manusia dengan ada tatasusila ketimurannya dan tidak menyimpang dari norma-norma agama di Malaysia,” katanya.

Menurut Dr Dzulkefly jika “budaya mencium pemain keyboard lelaki, beraksi lucah antara penari lelaki yang lain yang digayakan oleh penyanyi gay itu” yang mahu dibawa ke negara ini, rakyat diyakini akan menolaknya.

Katanya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Artis Luar Negara (Puspal) sepatutnya tidak semberono bersetuju membawa artis gay itu ke negara ini.

Budaya liar

Ini kerana, kata ahli parlimen Kuala Selangor itu, Lambert sebenarnya dikecam hebat oleh dunia apabila melakukan beberapa adegan kontroversi di pentas Anugerah Award Amerika sebelum ini.

Berikutan itu, rancangan televisyen Good Morning America terbitan ABC di Amerika Syarikat membatalkan penampilan Lambert kerana menolak budaya liar penyanyi gay berkenaan.

“Gaya hidup Amerika yang selalu kita anggap bebas pun menolak semua ini, mengapa kita (kerajaan) yang selalu mengaku kitalah Islam tidak belajar semua ini?” soalnya.

azlanBaginya, kerajaan sepatutnya mengambil berat soal menjemput selebriti asing memandangkan KPKK serta Puspal pada Mei lalu telahpun ditegur apabila membenarkan penyanyi lucah Pitbull mengadakan persembahan di negara ini.

"Kerajaan seakan tidak kisah semua ini kerana selepas konsert Pitbull dibantah 15 Mei lalu pun, kerajaan nampaknya masih memberi kelulusan pada syarikat yang sama untuk menjemput Adam Lambert," katanya lagi.


View the original article here

'Keputusan mahkamah menyebelahi Felda'

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan berhubung bayaran tanaman semula kepada peneroka "kerana ia menyebelahi Felda".

NONE"Felda tidak kalah dalam kes ini. Kita tidak merayu kerana selama ini, mereka yang menguruskan kebun sendiri memang diberi wang tanaman semula itu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Felda," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau yang juga ketua penerangan Umno menjawab kenyataan pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman yang dipetik oleh Harakah sebagai berkata "Felda Kalah lagi".

Pada 29 September lalu, Harakahdaily melaporkan Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya berikutan saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

FeldaNamun, hakim memutuskan, bayaran berkenaan hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak mencukupi.

"Ini bermakna, keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuantan adalah selari dengan dasar Felda mengenai proses pengeluaran wang Tabung Tanam Semula," tambah Ahmad dalam satu kenyataan yang diedarkan di sidang akhbar tersebut.

Menurutnya, Felda tidak pernah menghalang atau menyekat pemberian wang tanam semula kepada mana-mana peneroka yang tanam semula secara sendiri.

felda cow cattle rearing centre palong 120206 signage"Walau bagaimanapun, wang tanam semula tersebut boleh diberi sekiranya peneroka terlibat mematuhi syarat atau garispanduan yang telah ditetapkan oleh Felda," katanya.

Menurutnya lagi, keputusan mahkamah tersebut adalah selari dengan dasar Felda mengenai proses pengeluaran wang Tabung Tanam Semula.

"Ia juga secara tidak langsung menunjukkan garis panduan selama ini adalah sesuai untuk diterima pakai. Dalam kes ini, Felda sebenarnya tidak kalah. Jika mereka tidak mengemukakan saman, Felda telah pun melaksanakan keputusan," katanya.

Ahmad juga menegaskan bahawa adalah tidak benar bahawa wujud 11,000 peneroka yang perlu dibayar RM261.8 juta oleh Felda "kerana tanaman semula adalah proses berterusan".

felda cow cattle rearing centre palong 120206 field"(Seramai) 14,882 peneroka yang menguruskan sendiri kebun dan mengikut garis panduan Felda, telah dan sedang dibayar wang tanam semula," tambahnya.

Katanya, tiga peneroka daripada 11 peneroka Sungai Koyan itu telah dibayar kerana mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

"Jadi tiada isu yang mengatakan bahawa Felda enggan membayar wang tanam semula tersebut seperti yang dinyatakan oleh Mazlan Aliman," katanya.


View the original article here

Permohonan rayuan Dr Asri diputuskan 28 Disember

Permohonan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Shah Alam yang membenarkan semakan kehakiman pihak pendakwaan supaya kes itu didengar di Mahkamah Tinggi, akan diputuskan 28 Disember depan.

Panel Hakim Mahkamah Rayuan Selangor yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ibrahim Lembut, Datuk Md Yusup Che Teh dan Datuk Aidi Mokhtar menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pcMohd Asri selaku pemohon diwakili peguam syarie Kamar Ainiah Kamaruzaman sementara Ketua Pendakwa Syarie Selangor Abdul Shukor Abdul Halim hadir bagi pihak pendakwaan.

Mohd Asri mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada 28 April lepas, yang membenarkan permohonan semakan kehakiman daripada pihak pendakwaan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Rendah Syariah sebelum ini yang menolak permohonan mereka untuk memindahkan kes Mohd Asri ke Mahkamah Tinggi.

Mohd Asri, yang menghadapi tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah, membuat permohonan itu mengikut Seksyen 67 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang dibaca bersama Seksyen 167 Enakmen Tatacara Jenayah Negeri Selangor 2003.

Pada 18 Nov tahun lalu, beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah kediaman di Lorong 2C, Taman Sri Ukay, Ampang antara jam 8.10 malam dan 9.45 malam 1 November tahun lalu.

Mohd Asri didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, dalam hujahannya Kamar Ainiah berkata pada peringkat ini, kekhilafan atau kesilapan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi bukan menjadi isu tetapi persoalannya ialah permohonan anak guamnya adalah permohonan yang melibatkan kepentingan awam.

Beliau berkata pihaknya sebelum ini telah memfailkan notis rayuan berhubung keputusan permohonan semakan itu tetapi ia tidak diluluskan dengan arahan supaya pihaknya memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu terlebih dahulu.

"Dalam mendapatkan kebenaran untuk merayu, persoalan tentang kepentingan awam perlu wujud dan pada pendapat saya persoalan itu memang wujud dalam rayuan anak guam saya," katanya.

Kamar Ainiah berkata hujahan pihak pendakwaan semasa semakan kehakiman bahawa ketua pendakwa syarie mempunyai kuasa mutlak untuk memindahkan mana-mana kes ke Mahkamah Tinggi mempunyai impak yang besar dan luar biasa kepada kes-kes akan datang.

"Keputusan hakim Mahkamah Tinggi juga beri impak sangat besar kepada kepentingan awam dan hak tertuduh di luar sana bila kuasa mutlak terletak di tangan setiap ketua pendakwa syarie untuk pindah kes pada bila-bila masa atau pada mana-mana peringkat prosiding.

"Kuasa hakim dicantas walhal mahkamah adalah satu-satunya tempat orang awam dapat perlindungan dan keadilan," katanya.

Abdul Shukor pula berhujah di bawah kedua-dua peruntukan Seksyen 67 dan Seksyen 167 itu, terdapat frasa atau perkataan yang menyebut bahawa menjadi budi bicara hakim dalam menentukan sesuatu permohonan rayuan.

"Permohonan beri kuasa kepada hakim sama ada untuk terima atau tidak terhadap sesuatu permohonan merayu. Ia bukanlah bersifat mandatori. Mahkamah juga ada kuasa untuk menolak permohonan jika didapati isu-isu yang ingin dibangkitkan di peringkat rayuan tidak mengikut kehendak prosedur.

"Isu sama ada perkara-perkara atau isu rayuan yang hendak dipohon sama ada telah disentuh atau dibincang telah diputuskan oleh hakim Mahkamah Tinggi, jadi tidak boleh dijadikan alasan dalam kebenaran merayu," katanya.

- Bernama


View the original article here

Pemansuhan PMR, UPSR diumum 'bila-bila masa'

Keputusan sama ada untuk memansuh atau mengekalkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibuat pada "bila-bila masa", kata Timbalan Menteri Pelajaran, Puad Zarkashi.

Dr Puad ZarkashiKatanya, pengumuman rasmi berhubung keputusan itu akan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran.

"Ia akan dibuat pada bila-bila masa sahaja...Sebab (perkara) ini kita tidak perlu buat secara terburu-buru.

"(Kita) perlu buat secara berhati-hati untuk memastikan keputusan yang kita buat itu, adalah keputusan yang terbaik untuk pelajar-pelajar kita.

"Kita belum buat keputusan yang terakhir. (Perkara) ini terserah kepada menteri untuk buat keputusan. Kita telah dimaklumkan laporan itu sudahpun disiapkan. Dan pada saya, elok kita tunggu keputusan (daripada beliau)," katanya dalam satu media di ibu negara pagi ini.

Puad berkata keputusan itu juga perlu mengambil kira objektif pendidikan negara yang mementingkan pembangunan modal insan.

education high school girls 040405Beliau yang juga ahli parlimen Batu Pahat berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Muhyiddin bahawa pengumuman keputusan untuk memansuhkan atau mengekal PMR dan UPSR akan dibuat selepas raya.

Sebelum itu Puad merasmikan majlis penutupan Kerjasama Malaysia-Australia untuk projek Pendidikan Afghanistan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di Lembah Pantai.

Menurutnya, projek kerjasama itu bertujuan untuk memperbaiki kaedah pengajaran pensyarah dan guru dari Afghanistan.

Malah katanya, projek selama 14 minggu ini juga bertujuan memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris dan penguasaan maklumat dan teknologi di kalangan pendidik di negara tersebut.


View the original article here

EGM Gerakan Pulau Pinang diteruskan Ahad ini

Timbalan presiden Gerakan, Ko Chang Yuan mengesahkan hari ini bahawa mesyuarat luar biasa (EGM) Gerakan Pulau Pinang Ahad ini akan diteruskan walaupun tersebar berita yang mengatakan ia mungkin dibatalkan pada saat-saat akhir.

NONEChang (kanan), yang juga pengerusi Gerakan Perak berkata, beliau
telah dilantik untuk mempengerusikan EGM itu, yang dijangka menyaksikan 393 perwakilan di negeri itu mengundi sama ada mahu mengekalkan Dr Teng Hock Nan sebagai pengerusi Pulau Pinang.

Chang berharap EGM itu berjalan tanpa insiden yang tidak diingini, sambil menambah beliau telah menerima emel dan SMS yang mengatakan beliau tidak perlu datang ke Pulau Pinang kerana perwakilan di negeri itu boleh menangani sendiri masalah tersebut.

"Tetapi saya ingin mengatakan bahawa semua perwakilan mesti hadir di EGM itu untuk mengundi menyokong atau menolak petisyen tersebut. Saya mengharapkan kehadiran 100 peratus," katanya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat parti di Jalan Macalister.

Untuk mengelak tuduhan berat sebelah, Chang berkata, pihak parti akan mendapatkan bantuah ahli dari Kedah untuk membantu perjalanan EGM tersebut.

Tiada perbahasan, hanya mengundi

Pengerusi Gerakan Kedah yang juga ADUN Derga, Dr Cheah Soon Hai akan berada di Pulau Pinang Ahad ini untuk membantu Chang.

"Kita tidak seperti parti lain, terutama DAP, yang menggunakan

NONE

segala cara untuk memastikan parti itu tetap utuh," tambah Chang, yang juga penasihat kepada menteri besar Perak.

EGM itu akan bermula jam 10.30 pagi, dengan proses pengundian akan mengambil masa sejam.

Juga tidak ada sebarang pembahasan dalam EGM tersebut kerana penyokong dan penentang Teng, telah sepakat untuk menumpukan kepada proses pengundian.

[Baca berita penuh]


View the original article here

Penduduk 'gaduh' lagi dengan TNB, tiga ditahan

Kekecohan sekali lagi tercetus di kampung baru Rawang apabila pekerja Tenaga Nasional Bhd (TNB) cuba memulakan kerja-kerja pembinaan kabel bervoltan tinggi di kawasan berkenaan.

NONELebih 12 pekerja TNB yang diiringi oleh kira-kira 50 polis tiba tanpa sebarang pengumuman dan memulakan kerja-kerja pada jam 9 pagi.

Menurut beberapa saksi, pekerja TNB cuba menimbus kawasan berlopak di tapak berkenaan bagi memudahkan jentera berat ke kawasan itu.

Namun puluhan penduduk yang mengetahui perkembangan itu cuba menghalang mereka dan pertelingkahan kecil berlaku.

Seorang pekerja TNB terjatuh ke dalam longkang dalam pergelutan itu yang kemudiannya menyaksikan pertikaman lidah antara kedua-dua pihak.

NONEKejadian itu memaksa pihak berkuasa menahan tiga individu. Mereka adalah seorang penduduk kampung dan dua pembantu kepada ADUN Rawang, Gan Pei Nei.

Beberapa saksi mendakwa kejadian yang menimpa pekerja TNB itu tidak ada kaitan dengan ketiga-tiga individu yang ditahan itu.

Penduduk sebelum ini melahirkan kebimbangan mereka kerana khuatir pembinaan menara berkenaan sekali gus juga akan menyebabkan kampung itu terbahagi dua.

Mereka membawa kes berkenaan ke Mahkamah Persekutuan pada November lalu tetapi mahkamah memutuskan bahawa TNB mempunyai hak untuk meneruskan projek itu.

NONEMahkamah juga memerintahkan TNB supaya membayar pampasan berjumlah RM10.4 juta kepada penduduk terlibat yang telah mereka melaksanakan.

Apabila siap kelak, projek yang melibatkan pemasangan kabel voltan tinggi sepanjang 59km, kira-kira satu kilometer jaraknya dari Kampung Sg Terentang itu akan menyaksikan pembinaan lima menara satu tiang.

Projek CAR akan meningkatkan pengeluaran tenaga elektrik daripada 33kV kepada 275kV dan membantu mengatasi kekurangan kuasa di Lembah Klang.

[Baca berita penuh]

[Galeri gambar]


View the original article here

Kenaikan harga susu tak dapat dielak

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kenaikan harga susu di negara ini sekiranya harganya meningkat di pasaran dunia.

NONEMenterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata harga penjualan susu termasuk produk tenusu tempatan dijangka meningkat tidak lama lagi disebabkan kenaikan harga bahan mentah di pasaran dunia.

"Kenaikan itu tidak dapat dielakkan memandangkan pengeluar dan pengilang tempatan terpaksa menanggung kos belian import yang tinggi.

"Biasalah, apabila kita beli barang dengan harga mahal, sudah pasti kita terpaksa jual dengan harga yang lebih tinggi. Bagaimanapun, buat masa ini harga susu kita masih dikekalkan seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan di Seremban 2 di Seremban hari ini.

sundry shops kedai runcit everyday goods 250907 milksBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung harga tepung susu tanpa lemak yang merupakan bahan mentah tenusu utama dijangka meningkat kepada lebih US$3,000 (RM9,630) satu tan metrik tahun ini berbanding AS$2,100 (RM6,741) satu tan metrik dalam suku keempat tahun lalu.

"Sekatan harga tidak boleh dilakukan ke atas barangan itu disebabkan ia di luar dari kawalan kita. Ini kerana kita membeli barang yang diimport. Perkara ini sudah banyak kali berlaku. Sebagai contoh, bawang putih, harganya terpaksa dinaikkan berikutan harga import dari China turut meningkat," katanya.

Katanya meskipun kementerian akan membentangkan Akta Anti Pencatutan 2010 di Parlimen bulan ini bagi tujuan menyekat peniaga mengaut keuntungan tidak munasabah, ia masih tidak boleh menghalang pengeluar untuk menaikkan harga barang itu.

sundry shop kedai runcit 250907 02"Ini kerana sekiranya pengeluar mempunyai bukti bahawa harga bahan mentah itu benar-benar meningkat di seluruh dunia, maka kita tidak boleh menghalang ataupun mengambil tindakan terhadap mereka menaikkan harga susu. Akta ini hanya boleh menyekat dan mengenakan tindakan terhadap peniaga yang menjual barangan untuk mencari keuntungan berlebihan tanpa sebab yang munsabah.

"Sebagai contoh, topeng muka, peniaga beli 30 sen dan jual 50 sen tetapi apabila permintaan meningkat dan mereka masih membeli dengan harga 30 sen sekeping tetapi jual sampai RM5, yang ini memang boleh dikenakan tindakan di bawah akta ini," katanya.

- Bernama


View the original article here

Zaid mahu dakwaan Rahimi disiasat

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Zaid Ibrahim menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat dakwaan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah.

NONE"Ia mungkin benar, mungkin tak," kata Zaid dalam sidang akhbar di rumahnya di Petaling Jaya hari ini, ketika merujuk kepada sidang akhbar Rahimi Osman mengenainya semalam.

Tidak seperti banyak pemimpin PKR yang lain, Zaid memilih untuk tidak mempertikai dakwaan Rahimi yang dia dipaksa menandatangani akuan bersumpah yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Membandingkan Rahimi dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang mengubah akuan bersumpahnya pada 2008 sebelum melarikan diri ke luar negara, Zaid berkata, kedua-dua kes tersebut ada persamaannya.

"Kesnya sama seperti PI Bala. Jika anda mahu menyiasat dakwaan Bala, anda juga perlu menyiasat Rahimi... Anda tidak boleh ada double standard untuk Bala dan Rahimi," kata Zaid.

[Baca berita penuh]


View the original article here

Panggil semula Gen2, Satria Neo - impak minimum

Proton Holdings hanya mengalami impak minimum berikutan panggilan semula kereta Gen2 dan Satria Neo, kata MIDF Research hari ini.

"Kami menjangkakan menerima reaksi negatif akibat panggilan itu, namun penyusutan harga saham Proton mungkin menyediakan peluang untuk membeli saham-saham pada paras rendah," katanya dalam nota kajiannya hari ini.

proton satria neoMIDF bagaimanapun berkata ia mengekalkan saranan "beli" ke atas saham Proton, dengan harga sasaran tidak berubah pada RM5.80.

Semalam, pembuat kereta nasional itu membuat panggilan semula sukarela Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan antara 2004 dan 2008 disebabkan kerosakan "clock spring" yang boleh menjejaskan keselamatan.

Panggilan semula sukarela itu, yang menjadi sebahagian daripada program Jaminan Kualiti Global, melibatkan 15,911 (dua peratus) daripada 660,000 kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh empat tahun.

Komponen "clock spring" menghubungkan suis dengan beg udara ke radio, hon dan kawalan "cruise".

OSK Research berkata saham Proton dijangkakan menyaksikan reaksi negatif sementara hari ini memandangkan tanggapan kualiti yang dipertingkat, akan dinilai semula oleh pelabur berpotensi.

"Ini akan memberi tekanan ke atas jualan Proton sehingga lebih banyak penjelasan dan statistik diberikan dan bagaimana kes itu muncul," katanya dalam nota penyelidikan.

Ia juga mengekalkan saranan "beli" ke atas saham Proton, dengan harga sasaran RM5.67.

proton gen 2 sedan 270707 front"Tekanan menurun hari ini akan memberi peluang kepada pelabur untuk mengumpul ketika kami terus mengekalkan unjuran positif ke atas Proton," katanya.

OSK bekata Proton tidak memperlihatkan sebarang impak ketika panggilan terakhir membabitkan 34,000 kereta Proton Savvy berikutan kemungkinan masalah galas roda yang boleh menyebabkan air memasuki tayar, pada April 2008.

Meskipun begitu, perolehan tidak terjejas memandangkan jualan Proton kekal berdaya tahan kerana Savvy bukan penyumbang utama kepada jumlah jualan berikutan jumlahnya yang kecil.

Ia berkata harga saham Proton tidak terjejas semasa panggilan semula itu berdasarkan potensi pendapatan daripada pelancaran baharu Proton Saga ketika itu.

- Bernama


View the original article here

Zunar, Malaysiakini dapat kebenaran cabar KDN

Penulis kartun, Zunar dan Malaysiakini hari ini diberi kebenaran oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bahagian rayuan dan kuasa khas) untuk mencabar keputusan Kementerian Dalam yang mengharamkan buku kartun Perak Darul Kartun dan 1Funny Malaysia.

NONEDalam semakan kehakiman, kebenaran untuk mencabar keputusan berkenaan perlu dipohon kerana ia bukan hak automatik.

Kebenaran itu diberikan oleh hakim Datuk Mohd Zawwawi Salleh di kamarnya setelah mendengan hujah kedua-dua pihak - peguam K Shanmuga dan pendakwa raya kanan persekutuan Noorhisham Ismail.

Noorhisham tidak membantah permohonan kebenaran berkenaan.

Shanmuga berkata hakim Zawawi kemudiannya menetapkan 4 November bagi tarikh sebutan kes.

Shanmuga mewakili pemohon, MKINI Dotcom Sdn Bhd dan syarikat penerbitan, Sepakat Efektif Sdn Bhd, manakala Noorhisham mewakili Menteri Dalam Negeri dan timbalannya.

Pada 26 Julai lalu, MKINI Dotcom, yang mengendalikan Malaysiakini dan kartunis Zulkiflee atau lebih dikenali sebagai Zunar memfailkan dua saman berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dua buku kartun politik.

Tindakan pengharaman buku 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun - kedua-duanya karya Zunar - didakwa tidak sah dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan.

Pengharaman buku tersebut juga didakwa melanggar undang-undang sejagat dan tidak dilakukan dengan adil kerana Zunar ataupun Malaysiakini tidak diberi alasan terhadap tindakan tersebut.

NONEKedua-dua pihak menuntut mahkamah mengeluarkan arahan untuk membatalkan pengharaman ke atas kedua-dua buku itu dan bayaran kos kerugian dan kerosakan kerana tidak dapat menjual buku-buku tersebut.

Ketua setiausaha kementerian berkenaan, Tan Sri Mahmood Adam dipetik media sebagai berkata buku-buku itu diharamkan kerana kementerian dalam negeri mendapati ia tidak sesuai untuk bacaan umum.

Beliau dipetik berkata bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.

Menurutnya lagi, ia tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam," kata Mahmood.

1Funny Malaysia, diterbitkan pada Disember tahun lalu adalah satu kompilasi kartun Zunar yang diterbitkan oleh Malaysiakini sejak 2005 hingga 2009.

Perak Darul Kartun pula diterbitkan oleh syarikat Zunar - Sepakat Efektif Sdn Bhd dan memapar karya beberapa kartunis Malaysia yang lain, termasuk Zunar.

MKINI berkata kartun dalam buku itu telah diterbitkan di laman web berkenaan lebih dua tahun dan buku itu telah berada di pasaran selama tiga bulan sebelum dirampas.

Sepakat Efektif pula mendakwa buku 'Perak Darul Kartun' telah berada di pasaran selama enam bulan sejak November 2009 dan mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai buku itu mengancam ketenteraman awam.

Pemohon menuntut antara lainnya perintah membatalkan pengharaman buku itu dengan alasan pengharaman itu tidak sah kerana melanggar Seksyen 7 Akta Mesin etak dan Penerbitan 1984 dan juga bertentangan dengan Perkara 5 dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.


View the original article here

Isu Rahimi: Karpal akan tuntut lagi senarai saksi

Peguam Karpal Singh akan menimbulkan isu dakwaan mengejut yang dibuat oleh Rahimi Osman apabila perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung semula pada 14 Oktober ini dengan menuntut dibekalkan dengan senarai saksi.

anwar karpal 200910 02Karpal berkata adalah janggal bagi Rahimi yang hanya membuat dakwaan yang beliau dipaksa membuat akuan bersumpah itu selepas dua tahun berlalu.

"Mengapa dia mahu buat laporan itu sekarang? Pihak berkuasa bukan sahaja sepatutnya menyiasat apa yang didakwanya tetapi juga siasat mengapa dia ambil masa begitu lama dan apa yang mendesaknya berbuat demikian?

"Saya akan juga timbulkan perkara ini apabila perbicaraan bersambung pada Khamis ini. Saya juga akan kemukakan kes bagi pihak pendakwaan membekalkan kami dengan senarai saksi, sesuatu yang mereka gagal laksanakan sejak perbicaraan bermula,” katanya kepada Malaysiakini.

Apabila ditanya, Karpal berkata beliau tidak pasti sama ada Rahimi sekarang akan menjadi saksi pendakwaan berdasarkan perkembangan terbaru minggu ini.

NONE"Saya benar-benar tidak boleh jawab soalan itu kerana kami tidak ada senarai saksi. Namun saya akan timbulkannya pada Khamis ini, kerana amalan membuat laporan polis selepas dua tahun atau lebih mesti dihentikan. Jika polis ataupun mahkamah melayan laporan atau dakwaan sedemikian, ia tidak akan menghalang orang ramai untuk membuat laporan selepas 20 tahun sesuatu kejadian berlaku,” katanya.

Karpal sebelum ini telah dua kli mengadu kerana tidak dibekalkan dengan senarai saksi - sesuatu amalan yang lazimnya dipatuhi dalam kes sivil dan jenayah di negara ini.

Semalam, Rahim mendakwa dalam laporan polisnya yang dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada sekitar Jun 2008 untuk memalit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datuk Seri Rosmah Mansor, dalam perbicaraan kes liwat yang membabitkan Anwar.

[Baca berita penuh]


View the original article here

Perwakilan Gerakan dakwa cubaan rasuah

Parti Gerakan Pulau Pinang nampaknya sedang dilanda masalah lagi dengan terbaru dakwaan rasuah menjelang mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti peringkat negeri itu Ahad ini.

teng hock nan comments on egm 160910Kumpulan 'Suara Akar Umbi Gerakan' berkata gelaja rasuah wujud menjelang mesyuarat EGM itu yang dipanggil oleh kumpulan itu bagi menyingkirkan pengerusi negeri yang dilantik Datuk Dr Teng Hock Nan.

Pemimpin kumpulan itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Heng, mendakwa Dr Teng telah menawarkan jawatan penyelaras kawasan Parlimen dan Dewan Undangan negeri (DUN) kepada perwakilan bagi meraih sokongan semasa berkempen di kawasan Seberang Perai.

Jawatan penyelaras kawasan diwujudkan oleh BN bagi parti Gerakan yang tewas kerusi Parlimen dan DUN pada pilihan raya umum lepas di negeri itu.

"Dr Teng menganjurkan jamuan malam untuk perwakilan di kawasan Seberang Perai untuk mendapatkan sokongan. Saya juga dengar dia (Dr Teng) menawarkan jawatan penyelaras kepada perwakilan yang boleh menyokongnya dan elak mesyuarat EGM Ahad ini," katanya.

Bagaimanapun, Heng yakin mesyuarat EGM akan berjalan lancar mengikut jadual kerana beliau percaya pemimpin peringkat akar umbi tidak akan terbawa-bawa dengan taktik kotor beberapa pemimpin negeri.

teng hock nan comments on egm 160910 penang gerakan headquarterPada satu sidang akhbar kemudian, naib pengerusi Pemuda Gerakan negeri Ng Say Kheng mendakwa beliau adalah antara perwakilan yang ditawarkan jawatan penyelaras oleh seorang pemimpin negeri.

Katanya, beliau menerima panggilan pada jam 11 pagi semalam dari seorang petugas ibu pejabat Gerakan negeri yang menjemput beliau untuk minum bagi membincangkan beberapa perkara.

"Pemanggil itu juga memberitahu bahawa ketuanya, seorang pemimpin kanan parti, mahu menawarkan jawatan penyelaras jika mereka dapat berjumpa.

"Saya menolak tawaran itu dengan enggan bertemu dengan pemimpin itu kerana saya tidak mahu terbabit dalam rasuah.

"Saya percaya bukan saya sahaja yang ditawarkan jawatan itu dan akan bincang dengan perwakilan lain mengenai tindakan susulan," kata Ng.

azlanMengikut perlembagaan parti, dua pertiga atau 262 perwakilan harus mengundi menentang Dr Teng untuk membolehkan usul tidak percaya diambil terhadap pemimpin tersebut.

Ketika dihubungi, Dr Teng menolak dakwaan kumpulan tersebut dan menjelaskan apa yang berlaku adalah satu salah faham.

"Kami menyiasat dakwaan tersebut dan mendapati ia tidak benar. Apa yang berlaku adalah salah faham antara kumpulan itu dengan petugas ibu pejabat negeri," katanya.

- Bernama


View the original article here

Pulang wang 'judi', k'jaan P Pinang belum terima sesen

Kerajaan negeri Pulau Pinang sehingga hari ini masih belum menerima apa-apa wang yang dikembalikan meskipun Umno dan BN sibuk menganjurkan majlis untuk warga emas memulangkan wang berkenaan yang didakwa datang daripada sumber perjudian.

lim guan eng pc on doctored pix and penang bridge 25th anniversary“Kerajaan negeri berharap mereka agar jangan terpedaya dengan Umno kerana yang rugi hanyalah warga emas yang hilang peluang mendapat RM100 setiap tahun dan RM1,000 sekali untuk waris mereka,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.

Isu itu tercetus apabila pada satu majlis anjuran Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim pada 30 September lalu, lebih 40 warga emas memulangkan semula wang ehsan yang selepas berasa curiga dengan sumber wang berkenaan.

Dua hari kemudian, 70 lagi warga emas dari Bayan Baru pula menjejaki tindakan rakan mereka itu dengan mengembalikan wang RM100 ringgit yang diterima mereka kepada Ketua Umno Bahagian Bayan Baru Datuk Abdul Rahim Saibu. Program diteruskan

Pada 5 Oktober lalu, Ketua Pemuda Umno negeri Norman Zahalan dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata 1,000 lagi warga emas di Pulau Pinang dijangka memulangkan semula wang ehsan yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian.

haram money penang 021010 abdul rahim saibu in the middle“Kerajaan negeri akan meneruskan program penghargaan warga emas dengan pemberian sumbangan RM100 setiap tahun di masa akan datang selagi Pakatan Rakyat masih menjadi kerajaan negeri ini tetapi kita tidak halang jika ada yang mahu memulangkan cuma fikir masak-masak dahulu,

“Jangan mudah terpedaya dengan fitnah Umno kerana yang rugi akhirnya ialah warga emas dan waris-waris mereka yang tidak mendapat sumbangan RM100 setiap tahun dan RM1,000 untuk belanja pengebumian,” kata Lim selepas menghadiri mesyuarat bersama wakil-wakil rakyat Pulau Pinang, Selasa lalu.

Menurut Lim, hakikatnya Umno dan BN, sengaja mengadu domba fitnah seumpama itu bagi mengelakkan pertanyaan rakyat yang hairan mengapa kerajaan negeri BN sebelum ini tidak mampu memberi bantuan sedemikian.

azlan“Jawapan kepada 'keanehan' itu sangat mudah kerana kerajaan Pakatan Rakyat yang berjimat-cermat dan berhemah dalam segala perbelanjaan dan tidak makan duit, maka boleh beri duit pada warga emas berbanding dengan kerajaan BN yang bertindak sebaliknya,

Dalam pada itu, Lim turut menuntut penjelasan Umno BN berhubung kutipan cukai judi sebanyak RM2.3 bilion oleh kerajaan Persekutuan pada setiap tahun.

Penjelasan cukai dosa BN

Tegas beliau, penjelasan berkenaan perlu bagi memaklumkan kepada umum mengenai saluran cukai dosa itu ke dalam akaun hasil disatukan kerana pihaknya difahamkan duit hasil kutipan judi RM2.3 bilion setiap tahun digunakan untuk membiayai semua projek pembangunan dan pembayaran gaji semua 1.2 juta warga penjawat awam persekutuan.

haram money penang 021010 hapsah saad in white selendang“Tidak seperti kami yang membantu warga emas di Pulau Pinang dengan menggunakan lebihan hasil pendapatan negeri menerusi pendekatan jimat cermat dan tidak makan duit” katanya.

Ini katanya, dibuktikan dengan surat terima kasih kepada Kelab Lumba Kuda yang secara terang lagi bersuluh mengenai sumbangan untuk program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK) dan bukan untuk program penghargaan warga emas itu, katanya.

Tambahan pula, jelas beliau lagi, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus telah mengesahkan pihaknya mengasingkan sumbangan dari Kelab Lumba Kuda dan syarikat korporat lain untuk program melibatkan orang Islam dari mengelakkan unsur haram dan semua dana yang digunakan untuk program penghargaan warga emas itu datangnya dari penjimatan dijana oleh pendekatan anti-rasuah kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada tipu muslihat UMNO untuk memaksa kerajaan negeri membatalkan program penghargaan warga emas yang secara ikhlas mengenang jasa dan budi sumbangan warga emas kita,” kata beliau lagi.


View the original article here

Dr Mahathir dijadual pulang ke KL hari ini

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual pulang ke Kuala Lumpur tengah hari ini dengan menaiki sebuah pesawat khas.

Pesawat berkenaan dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Tullamarine di Melbourne, kira-kira jam 3 petang (1 tengah hari waktu Malaysia).

mahathir mohamad hari raya open houseDr Mahathir dimasukkan ke Hospital Epworth di Melbourne Sabtu lalu kerana jangkitan di dada.

Beliau dibenarkan keluar dari hospital pada Selasa dan kemudiannya berehat di sebuah hotel.

Bekas Perdana Menteri, yang diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, dijadual berucap kepada pelajar Malaysia dalam sebuah bengkel di sini pada Sabtu namun dibatalkan selepas beliau sakit.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menggantikan Dr Mahathir pada seminar itu.

Seorang pembantu kepada Dr Mahathir, ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau akan pulang ke tanah air lewat hari ini.

- Bernama


View the original article here

Calon Galas: PAS akan solat istikharah

Solat istikharah mungkin menjadi pemutus dalam menentukan calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 Nov ini, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun.

NONEKatanya, ini kerana terlalu ramai calon yang berkelayakan dan seimbang yang dicadangkan PAS di peringkat akar umbi sebelum diperhalusi oleh pimpinan tertinggi parti itu.

“Kita percaya solat istikharah yang akan dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan menjadi kata pemutus untuk menentukan calon PAS pada pilihan raya kecil itu,” katanya kepada Bernama ketika melawat kawasan pilihan raya itu di Gua Musang, hari ini.

Abdul Fatah yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri berkata, mengikut amalan biasa yang dinyatakan oleh bekas ketua dewan ulama PAS negeri, Yahya Othman, parti itu menerima calon yang mempunyai kriteria tidak pernah melakukan dosa besar, seperti zina dan membunuh serta sanggup meninggalkan dosa-dosa kecil, termasuk merokok.

azlanBeliau juga menyokong kenyataan anggota exco kerajaan negeri, bahawa PAS sedia menimbangkan untuk meletakkan Orang Asli sebagai calon pada pilihan raya akan datang termasuk pada pilihan raya kecil Galas.

“Ini semua tidak mustahil boleh terjadi, kerana masyarakat Orang Asli sekarang berbeza dengan sebelum ini kerana mereka kini berpelajaran tinggi dan tidak mudah menerima pandangan orang lain kerana boleh berfikir sendiri,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Bukit Tuku berkata, pemilihan calon sebenarnya bukan menjadi agenda penting PAS, tetapi lebih besar dari itu untuk menegakkan perjuangan berasaskan prinsip Islam.

“Justeri itu PAS tidak merasakan sesuatu yang sukar dan “pelik” dalam menentukan calon pada semua pilihan raya, termasuk pilihan raya kecil DUN Galas ini,” katanya sambil menyatakan keyakinan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan menerima jika beliau dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah pada 26 Oktober ini dan jika ada pertandingan pengundian akan diadakan pada 4 November.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kekosongan DUN itu berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46 akibat barah usus pada 27 September lalu.

- Bernama


View the original article here

Galas: Utamakan "Mat Jen Pe Cal"

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menggesa ahli Umno, khususnya di DUN Galas, supaya mementingkan empat perkara yang beliau sifatkan sebagai "Mat Jen Pe Cal"

Ahmad berkata, istilah 'Mat' adalah singkatan bagi 'matlamat yang perlu diutamakan oleh ahli Umno untuk merampas semula kerusi tersebut daripada PAS.

NONEIstilah 'Jen' bagi singkatan 'jentera. Sehubungan itu, beliau menggesa Umno di peringkat pusat, bahagian dan cawangan memperkuatkan 'jentera' bagi untuk bersaing dengan jentera parti lawan.

Sementara 'Pe' pula bagi 'perpaduan' untuk menguatkan ahli parti dan 'Cal' bagi 'calon' di mana ia merupa perkara keempat dalam gerak kerja penerangan.

"Ini bermakna aspek matlamat, jentera dan pepaduan dalam parti adalah perkara yang lebih penting daripada memikirkan soal calon," katanya dalam sidang akhbar di ibunegara petang ini.

Katanya, penentuan calon BN di Galas pada 4 November ini merupakan soal perkara yang terakhir yang akan diputuskan.

"Membuat spekulasi tentang calon BN adalah perkara yang tidak produktif dan lebih baik turun berjumpa dengan pengundi," tambahnya.

azlanIni kerana, tegasnya, pemilihan calon akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti, termasuk Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Tengku Razaleigh juga dilantik menjadi pengarah pilihan raya kecil DUN tersebut oleh pucuk pimpinan parti.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS akibat kanser pada 27 September lalu.

Penamaan calon ialah pada 26 Oktober ini manakala pengundian ialah pada 4 November yang membabitkan 11,553 pemilih berdafatar di Galas.


View the original article here

Hasutan: SKMM dalami forensik di luar negara

Beberapa pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mungkin dihantar ke luar negara bagi mendalami kepakaran bidang forensik komputer dalam usaha kerajaan menangani jenayah siber, terutama dalam kes menghina Sultan, menghasut dan pornografi kanak-kanak.

rais yatim pc 020709 01Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, berkata pegawai-pegawai itu akan dilatih untuk menjadi pakar "penyusul dan merungkai" segala keterangan yang diperlukan bagi mendakwa mereka yang terlibat dengan jenayah siber di mahkamah.

"Bagaimanapun tidak dinafikan kos untuk menjalani kursus ini agak tinggi," katanya kepada Bernama dan RTM selepas menghadiri hari keempat Persidangan Plenipotensiari Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) di Pusat Ekspo Guadalajara di Mexico hari ini.

Rais berkata dengan adanaya kepakaran forensik mengenai komputer, segala maklumat yang dihapuskan masih boleh dapat dikesan daripada cakera keras.

Katanya kepakaran dalam bidang perundangan dan pembuktian perlu ada walaupun negara mempunyai Akta Keterangan dan Akta Telekomunikasi untuk mendakwa mereka yang terlibat dalam jenayah siber.

NONENamun, kata beliau, kepakaran mengenai Akta Keterangan 1950 dan Akta Telekomunikasi tidak mencukupi tanpa kecekapan dan kepakaran untuk mengemukakan bukti yang kukuh mengenai kesalahan yang dilakukan.

Rais berkata tindakan untuk mendakwa mereka yang bersalah dalam kegiatan jenayah siber bukanlah semudah mendakwa mereka yang terlibat dengan kes mencuri dan sebagainya kerana jenayah siber memerlukan pelbagai peringkat siasatan dan turut mempunyai beberapa hadangan.

"Akta Keterangan 1950 sendiri mempunyai berberapa hadangan menyebabkan Peguam Negara sendiri tidak semudah yang dijangka untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap mereka yang didapati melakukan jenayah siber, terutama dari segi keterangan dan bukti," katanya.

NONERais berkata bagi memastikan sesuatu kes itu dapat dihadapkan ke mahkamah, kesahihan keterangan itu bukan sahaja perlu ditentukan oleh sesuatu pihak tetapi juga oleh pegawai kementerian dan SKMM memandangkan mereka mempunyai kepakaran dan rumusan tersendiri.

Untuk itu pegawai kementerian dan juga bahagian penguatkuasa SKKM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan Peguam Negara supaya beberapa kes penting ini dapat disusuli, kataya.

"Kami di kementerian dan SKMM mempunyai kepakaran dan rumusan tersendiri di mana mungkin pegawai lain tidak maklum. Jadi kami akan bantu mereka seperti dalam kes-kes menghina Raja, menghina Islam, memecah belah masyarakat dan hasutan serta pornografi kanak-kanak," katanya.

namewee negarakuku police bukit perdana 230908 01Rais berkaa beliau bercadang untuk mengadakan perbincangan bersama pihak polis, Peguam Negara, SKMM serta pihak swasta yang mempunyai kepentingan pada bulan depan.

"Saya akan terangkan skopnya dan mereka boleh cadangkan fokus mereka. Azam kita ialah untuk melakukannya dengan cekap," katanya.

Baru-baru ini, Rais berkata bahawa sudah ada 13 kes dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara, membabitkan cubaan memperlekehkan Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Perak serta Sultan Johor, menghina agama lain, menghasut, menyebarkan pembohongan, mencuri data dan membangkitkan sentimen perkauman yang sensitif.

Pada persidangan hari ini, beliau turut mengambil bahagian dalam pemilihan jawatan setiausaha agung dan timbalan setiausaha agung ITU di mana Dr Hamadoun Toure kekal sebagai setiausaha agung dan Zhou Houlin kekal sebagai timbalan.

Walaupun kedua-dua mereka tidak dicabar, proses pengundian tetap diteruskan. Toure dari Mali mendapat 151 undi daripada 157 negara yang hadir manakala Zhou dari China mendapat 155 undi.

Rais, yang diiringi isterinya Datin Seri Masnah Rais, berlepas pulang ke Malaysia tengah hari ini setelah berada di sini sejak Isnin bagi menghadiri persidangan itu.

- Bernama


View the original article here

Sultan ingatkan Orang Besar jangan gadai bangsa

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menasihatkan Orang Besar Daerah supaya menjauhkan diri daripada pihak yang sanggup menggadaikan bangsa sendiri demi mencapai cita-cita politik mereka.

Baginda mahu supaya Orang Besar Daerah menumpukan perhatian penuh kepada tugas masing-masing demi kebaikan rakyat dan biarlah masalah politik dikendalikan oleh ahli politik.

"Sebagai wakil Beta di daerah-daerah, mereka (Orang Besar Daerah) hendaklah berkecuali dalam apa jua aktiviti politik kepartian dan sentiasa bersikap adil dan jujur untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan bangsa agar dapat terus kukuh dan bersatu dalam menikmati kesejahteraan dan kemakmuran," titahnya pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Orang Besar Daerah, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah di Istana Bukit Kayangan.

Menurut baginda Orang Besar Daerah sewajarnya menasihatkan rakyat supaya jangan menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh mengakibatkan salah faham dan perpecahan kaum.

Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Selangor berharap setiap Orang Besar Daerah menjadi 'mata dan telinga' baginda bagi mengawasi pentadbiran dan pengurusan setiap masjid dan surau di daerah masing-masing agar kesucian tempat beribadat itu tidak dicemari perkara yang bertentangan dengan ajaran dan tuntutan Islam.

Baginda turut menyeru Hakim Mahkamah Syariah di negeri itu agar menyelesaikan setiap kes yang dihadapkan di mahkamah dengan segera terutamanya yang melibatkan hal ehwal kekeluargaan.

"Percepatkanlah tempoh perbicaraan setiap kes demi menjaga kepentingan semua pihak terlibat bagi mengelak berlakunya gejala maksiat serta tidak bermoral sekiranya jangka masa kes-kes itu berlanjutan," katanya.

- Bernama


View the original article here

3 termasuk peguam, adik ditahan semula

Tiga suspek termasuk seorang peguam dan adiknya ditahan semula hari ini bagi membantu siasatan kes kehilangan dua ahli perniagaan yang dilaporkan hilang baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Hadi Ho Abdullah dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Bukit Aman di Kuala Lumpur berkata, "sama ada mereka akan direman lanjut bergantung kepada keperluan siasatan".

Sosilawati Lawiya police search afp 3Dipercayai polis akan memohon lanjutan tempoh tahanan reman terhadap ketiga-tiga suspek bagi membantu kes kehilangan seorang kontraktor, Mohd Syafiq Abdullah, 37, yang dilapor hilang bersama rakan niaganya, April lalu.

Isteri Syafiq, Samson Nahar Mohamed Dali, 35, dilaporkan telah membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya pada 13 April lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Sungai Petani.

Kes itu kemudian dipindahkan ke balai polis Petaling kerana suaminya dipercayai hilang di bandar raya ini dan difahamkan ketiga-tiga suspek kini ditahan di lokap balai polis Petaling bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketiga-tiga mereka ditahan reman yang berakhir hari ini berhubung kes kehilangan hartawan warga India A. Muthuraja di negara ini.

Muthuraja, 34, dilapor hilang selepas dipercayai dijemput oleh dua peguam rakyat tempatan, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba di Malaysia 18 Januari lalu.

Sebelum berita kehilangan Muthuraja dan Syafiq dilaporkan, negara digemparkan dengan pembuhuhan kejam seorang jutawan kosmetik dan tiga yang lain, di mana tiga suspek ini dan lima yang lain dipercayai terlibat.

NONEDatuk Sosilawati Lawiya, 47, bersama pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Sementara itu peguam suspek, Ravi Neeko berkata beliau telah dihubungi seorang pegawai polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi memaklumkan penahanan semula anak guamnya dan adiknya itu.

"Pagi tadi saya dihubungi seorang pegawai polis dan memaklumkan anak guam saya dan adiknya ditahan semula dan mereka kini berada di dalam lokap di salah sebuah balai polis di Kuala Lumpur untuk bantu siasatan sehingga esok.

"Dijangka kedua-dua mereka (suspek utama dan adiknya) akan disambung reman esok atau lusa bersama enam yang lain di bandar raya ini," katanya ketika dihubungi sini hari ini.

- Bernama


View the original article here

Rahimi: Saya tak boleh dedah kandungan SD baru

Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim - Rahimi Osman berkata beliau tidak boleh mendedahkan apa yang terkandung dalam akuan bersumpah terbaru yang dibuatnya semalam, selepas membuat laporan polis bahawa dua akuan bersumpahnya yang ditandatangani pada 2008 dibuat dalam keadaan tertekan.

NONERahimi, 25, semalam mendakwa dia dipaksa untuk menandatangani dua akuan bersumpah berhubung tuduhan yang Anwar telah meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Rahimi mendakwa akuan bersumpah itu telah dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.

"Kandungan kedua-dua akuan bersumpah itu adalah tidak benar sama sekali. Dan saya dipaksa untuk menandatanganinya. Saya juga tidak diberikan sebarang salinan kedua-kedua akuan bersumpah tersebut.

"Disebabkan akuan bersumpah itu tidak benar, saya sekarang ingin menceritakan perkara yang sebenarnya, maka saya telah membuat satu akuan bersumpah yang baru yang mengandungi cerita benar," laporan polis Rahimi dipetik.

Katanya, buat masa ini, kandungan terbaru akuan bersumpah berkenaan tidak boleh didedahkan.

NONE“Saya tidak boleh didedahkan kerana ia mungkin menganggu kes perbicaraan (liwat) yang sedang berlangsung,” katanya kepada Malaysiakini.

“Saya hanya mahu menarik balik dua akuan bersumpah yang saya buat sebelum ini. Saya tidak mahu ganggu perbicaraan mahkamah sekarang dan saya tidak mahu berpolitik,” kata bekas pembantu Anwar itu yang kini adalah seorang ahli perniagaan.

Rahimi terus mempertahankan apa yang diperkatakannya kepada peguam Latheefa Koya, yang sekarang ini adalah ketua penerangan PKR adalah tidak benar dan beliau mahu kebenaran ditegakkan.

Rahimi, ketika membuat laporan polis semalam, juga melampirkan sesalinan akuan bersumpah terbarunya.

Ditanya sama ada beliau mempunyai salinan akuan bersumpah lama yang didakwanya dipaksa untuk tandatangani, Rahimi berkata dia tidak diberikan sebarang salinan.

NONEBekas pembantu itu juga diminta mengulas kenyataan yang dibuat oleh Datuk Zaid Ibrahim yang bakal bertanding pada pemilihan timbalan presiden PKR - yang mendesak polis supaya menyiasat dakwaan Rahimi.

Katanya, dia gembira kerana ada beberapa pemimpin PKR seperti Zaid yang menghormati undang-undang dan hak individu.

“Zaid berfikiran terbuka dan ini yang sepatutnya diamalkan oleh PKR. Saya tiada niat atau berdendam dengan PKR atau mana-mana ahlinya.

“Saya hanya mahu kesilapan lampau (dua affidavit) sebelum ini diperbetulkan,” katanya.

[Baca berita penuh]


View the original article here

Mustaffa Kamil: Saya mahu menang bermaruah

Calon timbalan presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berkata, beliau rela kalah kepada dua lagi pencabarnya Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim daripada mendapat kemenangan secara tidak adil, seperti melalui politik wang dan permainan kotor.

"Kita akhirnya mahu kemenangan yang bermaruah, kemenangan yang berprinsip," katanya naib presiden PKR itu dalam wawancara dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur kelmarin.

"Malahan, dalam apa keadaan pun, kita lebih rela kalah kalau kalau akhirnya kita terpaksa menggadaikan prinsip kita (untuk menang), kena politik wang, sogokan dan seumpamanya."

NONEIni kerana, menurut bekas pemimpin persatuan beliau dan aktivis NGO Islam itu, agenda "politik nilai" - meliputi elemen kesederhanaan, elemen kasih sayang, perpaduan, mengutamakan perkhidmatan dan bercirikan people centric - yang diperjuangkannya lebih penting.

Sebelum itu, Mustaffa menegaskan kepentingan pertandingan yang adil bagi dalam persaingan merebut jawatan parti, khususnya kerusi nombor dua yang turut ditandinginya.

"Ada dua pelumba, ada tiga pelumba (untuk satu jawatan) lagi baik... yang penting mesti fair play (adil). Jangan ada orang terdas sana, terdas sini.

"Sebab kita akhirnya kena bermain dalam satu pasukan (PKR) dalam pilihan raya umum ke-13 nanti." katanya yang berulang kali menegaskan keperluan perpaduan sesama pemimpin PKR.

Berikut beberapa intipati wawancara dengan tokoh yang dianggap mewakili 'kumpulan ABIM' dalam PKR itu:

Tentang peluangnya
Peluang itu ada dan baik. Tetapi saya perlu kerja keras, perlu bertemu sendiri di semua peringkat...(Saya) akan pastikan dalam siri jelajah, saya akan bertemu seramai mungkin anggota parti, terutama di Selangor di mana sebahagian besar anggota PKR di situ. Kedua, peranan media baru dan alternatif sangat penting kerana ia dijadikan sumber maklumat yang penting.

Fokus dalam parti
Terdapat keperluan supaya timbalan presiden (baru) memberikan fokus pada pemerkasaan parti dan menerapkan politik nilai dalam PKR. Kebetulan saya bukan ahli yang berhormat (YB). Jadi saya boleh lebih fokus pada pemerkasaan parti kerana PKR berumur lebih sedekad dan perlu benar membina budaya kuat. Lepas Mac 2008, kita dapat saksikan berlaku pertambahan hampir 100 peratus ahli baru. Oleh yang demikian, perlu ada proses pendidikan politik menyeluruh untuk pastikan mereka benar-benar menghayati perjuangan keadilan.

Sandaran untuk menang
Dengan latar (dalam aktivisme) kepemudaan, kebeliaan, gerakan Islam dan akademik, termasuk politik Umno, itu semua sebahagian daripada latar, khazanah pemikiran dan pengalaman yang saya miliki. Terrmasuk di peringkat antarabgnya yang saya ceburi sejak 20 tahun lalu. Mungin ada label tertentu, (sama ada) daripada kelompok mana, tetapi itu sebahagian daripada sejarah saya... Itu mempengaruhi tasauwur, welstancheung (pandangan alam) dan kerangka pemikiran saya.

Agenda "politik nilai" retorik, kabur, konsepsual dan tak jelas?
Saya faham (ia) agak sedikit konsepsual. (Tetapi) sebahagian besar anggota PKR dapat menangkapnya dalam imaginasi mereka. Saya faham, bagi anggota baru kelihatan lebih abstrak.

Ini cabaran, saya setuju. Saya percaya, sesuatu yang tangible (nyata) itu lebih menarik minat. Saya kena terkemahkan yang lebih realistik dalam bentuk yang boleh diukur dan dilihat supaya dilihat lebih mudah.

Insiden negatif dalam pemilihan PKR
Kita telah latih lebih 2,000 orang melalui Akademi Keadlian. Saya akui masih ada ruang. (Bagaimanapun) saya lihat proses pemilihan tak gagal. Daripada 206 cabang, 95 peratus berjaya dan berjalan lancar, baik tanpa sebarang peristiwa yang tidak diingini. Malangnya beberapa media ambil kesempatan, besarkan dan bina persepsi umum seolah-olah masalah cukup besar dalam parti.

Penyertaan pemimpin baru dalam PKR
Kita telah kita lakukan beberap program, sebahagiannya bawah kendalian saya, (dan) timbalan presiden Syed Husin Ali, (antaranya program) khusus buat ahli parlimen dan dewan negeri lama dan baru... Ada pencapaiaan, walaupun masih ada ruang banyak perlu diperkemas.

'Kelantangan' Zaid
Zaid punya prinsip sebab itu beliau sertai PKR. Saya tetap beri (beliau) gambaran positif. Bila beliau sertai PKR, maknanya beliau punya jiwa reformasi PKR, tak tunduk tekanan penguasa politik dan dominasi kuasa politik tertentu. Soal baru dalam PKR, terserah pada anggota untuk buat penilaian. Ada orang cepat belajar dan buat pengesuaian.

Kritikan Zaid pada parti
Anggota PKR bijak menilai. Saya kurang pasti apa niat sebenar beliau. Saya percaya, anggota PKR bijaksana dalam konteks membuat pilihan kalau mereka rasa (itu) keterlaluan dan bukan pendekatan konstruktuif kepada parti... Berbeza dengan politik Umno, pemimpin mereka tidak boleh dikritik.

Langkah pertama sebagai timbalan presiden
Langkah pertama pada hemat saya, kita aturkan saf di kalangan pimpinan, terutama anggota parlimen dan dan ADUN sebab imej mereka membina persepsi umum. Itu mesti diberi keutaman supaya kelompok ini benar-benar dibina satu ikatan kohesif dan mantap menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang,

Penilaiaan terhadap perpaduan pemimpin PKR
Setakat ini tiga bintang.... dalam tempoh sebelum pilihan raya umum, kalau pun tidak lima (bintang), (mesti) sekurang-kurangnya 4.5.

Tentang latar belakangnya yang rencam
Dalam hal ini, apa yang penting adalah bagaimana kita mengadun watak dan penampilan kita dengan suatu yang bersesuaian dengan citarasa rakyat malaysia, dalam masa sama tidak menggadai prinsip kita. Sama seperti adunan makanan. Dalamnya ada manis, masin, ada pahit dan ada juga masamnya. Tetapo kalau aduannya itu betul, empat rasa itu sedap.

Beza dengan Azmin
Biarlah anggota PKR menilainya. Kalau saya, itu kan berat sebelah. (ketawa) Kekuatan Azmin, dia ada imej kuat bersama Anwar. Zaid dilihat menteri yang berprinsip sehingga letak jawatan untuk bersama dalam dengan perjuangan rakyat. Ya, kekuatan saya, saya juga meletakkan jawatan sebagai setiausaha politik (Tan Sri) Muhyiddin Yassin untuk bersama dengan reformasi dan PKR. Cuma kurang glamor sebab sudah lama. Sepuluh tahun dah.

Soal dengan Anwar, saya tidak bekerja dengan Anwar, tetapi Muhyiddin. Tetapi idealismenya, saya sekian dalam dengan Anwar. Waktu pelajar dulu, sebagai presiden PMUKM (Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia) , PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) saya undang beliau dalam wacana yang babitkan mahasiswa dan generasi muda pada masa itu.

Menjadi calon 'underdog'
(Itu) tak apa. Saya akui saya lewat buat pengumuman rasmi walaupun ada desakan dariapda Perak dan beberapa cabang daripada sabah dalam bentuk memorandum, surat dan SMS.

Sebab lambat umum bertanding
Dalam masa yang sama saya tidak mahu berada dalam polemik (persaingan) itu terlalu lama sebab ada kerja parti yang saya terpaksa selesaikan dahulu, terutamanya puluhan siri program latihan yang saya ditugaskan. Oleh yang demikian, saya tidak mahu umum ketika porgram itu masih berjalan.. Kalau saya umum waktu itu, orang lihat saya perkudakan progam itu untuk kempen sebagai timbalan pengerusi PKR.

Pasukan regu
Saya sedang pertimbangkan. Ada positif dan negatifnya (berkempen dengan regu). Dari satu segi, ada pasukan langsung kempen. Keburukannya bila ada tokoh akan rasa tersisih. (Ketawa kecil) Memang saya pertimbangkan keperluan itu, tetapi belum saya muktamadkan.

Jaminan tidak berundur
Berdasarkan perbincangan dengan pasukan kempen, kawan-kawan dan cabang, kita (tetap) di tahap timbalan. Soal jaminan itu, dalam politik, kita terpaksa terbuka kepada perbincangan, Tetapi saya insya-Allah, pada tahao ini saya tegas degan tawaran kita untuk bersaing di tahan timbalan presiden

Kod etika berkempen
Betul ada kod etika parti, tetapi bukan cukup terperinci. Dan parti pun tak mampu buat secara terperinci untuk (pemilihan langsung) kali pertama. Jadi ada hal tertentu kita (calon) kena runding sesama kita dari segi hendak fair play (persaingaan adil)

Ketua umum (Anwar) bertindak sebagai pengadil dalam masa yang sama.... Kita anggap beliau ketua umum jadi pengadil yang baik. Tengok betul-betul tak ada yang main nakal atau foul play (main kotor) dan seumpananya. Dan beliau tahu menilai kesemua pemain pasukan yang ada untuk membina pasukan (persediaan) untuk pilihan raya umum yang akan datang.

Penilaan terhadap presitasi sendiri
3.5 bintang. Saya menilai banyak ruang kerja mesti saya lakukan. Saya tawaduk. (Tetapi) Di pihak anggota, mereka boleh menilai sejauh mana (prestasi saya).


View the original article here

'Doktor ayam' tinggalkan MCA, sertai PKR

Pengerusi MCA bahagian Bukit Bintang Datuk Dr Lee Chong Meng mengumumkan keputusan beliau untuk keluar dari parti itu dan dengan rasminya menyertai PKR.

lee chong mengLee, yang popular dengan panggilan "doktor ayam" berkata beliau sudah menghantar surat perletakan jawatannya dari parti kepada ibupejabat MCA tengah hari semalam selepas beliau kembali dari luar negara.

Lee ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam berkata pada mulanya memang beliau keberatan untuk meninggalkan parti.

"Namun apabila presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat pengumuman yang saya akan digantung keanggotaan atas tuduhan menyalahguna peruntukan kerajaan, saya memutuskan sudah tiba masaya saya tinggalkan parti," katanya.

Lembaga Disiplin MCA sebelum ini mencadangkan supaya keaggotaan Lee digantung selama tiga tahun atas dakwaan beliau menyalah guna peruntukan yang diberikan kerajaan pada 2008.

Khabar angin mengenai penyertaan Lee dalam PKR sudah bermula sejak Jun lalu apabila beliau mengaku ada mengisi borang permohonan keanggotaan parti itu, namun tidak menandatanganinya.

Lee menafikan beliau menyalah guna peruntukan kerajaan pada 2008, dan menjelaskan bahawa peruntukan RM60,000 itu adalah untuk aktiviti Tahun Baru Cina di mana beliau sendiri mengeluarkan belanja RM40,000 untuk menjayakan acara bagi aktiviti itu.

- Bernama


View the original article here

Sivarasa: Akuan bersumpah Rahimi tidak relevan

Akuan bersumpah Rahimi Osman tidak akan menjejaskan perjalanan perbicaraan tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah.

"Ia tidak relevan kepada perbicaraan selepas kenyataan (Rahimi) dirakamkan oleh pihak polis," katanya Sivarasa yang juga seorang peguam.

Katanya, Rahimi telah memberikan kenyataan yang menggambarkan akuan bersumpah pada 23 Julai 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak dan Rosmah Mansor dalam kes perbicaraan berprofil tinggi itu.

"Rahimi dipercayai disenaraikan sebagai saksi pihak pendakwaan. Dan sekiranya dia dipanggil ke mahkamah, kenyataan kepada polis akan turut dibawa," katanya.

Bagaimanapun beliau masih tidak pasti berhubung kemungkinan perkara itu berlaku.

Tidak menolak ada akuan bersumpah ketiga dibuat oleh Rahimi, Sivarasa berkata sekiranya ada dan bertentangan dengan kenyataannya kepada polis, perkara itu dikira kesalahan jenayah.

"Boleh dikenakan hukuman tujuh tahun penjara (jika bersalah)," katanya ketika ditanya tentang hukumannya.

[Baca berita penuh]


View the original article here

Cerita Rahimi menurut versi peguam

Masih banyak yang belum diketahui tentang akuan bersumpah Rahimi Osman yang 'penting' itu, antaranya ia didakwa hanya setebal dua hingga tiga halaman sahaja.

Setelah bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tampil mendakwa dipaksa menandatanganinya oleh dua peguam - Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli – kelmarin, lebih banyak persoalan berbanding jawapan yang timbul.

anwar quality hotel 270608 crowdDalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Latheefa yang juga ketua penerangan PKR menceritakan semula apa yang beliau tahu tentang proses merangka akuan tersebut daripada mula hingga akhir.

Berikut apa yang terjadi bermula pada 28 Jun 2008, seperti yang diceritakan semula oleh Lahteefa:

Pada 28 Jun 2008, PKR mengadakan seminar kepimpinan di Hotel Quality Shah Alam, melibatkan hampir semua pemimpin dan wakil rakyatnya.

Laporan polis Saiful Bukhari

Sehari selepas itu, ketua kakitangan pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob mendengar desas-desus khabar bahawa terdapat Mohd Saiful Bukhari Azlan akan membuat laporan polis terhadap bekas bosnya. Maka Rahimi dipanggil untuk mendapatkan maklumat berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, dia tidak dapat dihubungi buat masa itu dan hanya hadir lewat malam itu. Di hotel berkenaan ketika itu ramai penyokong dan petugas media mula berkumpul kerana khabar angin Anwar akan ditahan semula seperti di zaman reformasi sepuluh tahun sebelum itu.

anwar quality hotel 270608 press conferenceRamai 'pengawal peribadi' dan anggota parti menempah tinggal di hotel berkenaan. Anwar pula bersetuju 'bersembunyi' seketika di kedutaan Turki di Kuala Lumpur.

Rahimi tiba pada malam 28 Jun itu dengan gementar dan ketakutan. Beliau menceritakan semula apa yang beliau dengar daripada Saiful Bukhari.

Rahimi juga minta tinggal di hotel itu kerana takut dicari polis berikutan kemungkinan namanya turut disebut dalam laporan polis Saiful Bukhari. Pasukan peguam itu bersetuju memberikan perlindungan kepada Rahimi.

Rahimi kelihatan kembali tenang semula setelah beberapa hari Saiful Bukhari membuat laporan polis mendakwa diliwat Anwar.

Bukan di bilik hotel

Beberapa pemimpin PKR yang kebetulan bertugas sebagai peguam ditugaskan menemuramah Rahimi bagi mendapatkan gambaran besar apakah sebenarnya yang berlaku ketika itu.

anwar quality hotel 270608 press conferenceSelain Latheefa dan Saiful Izman, R Sivarasa turut terlibat.

Proses mendengar penjelasan Rahimi tidak dilakukan dalam bilik hotel, tetapi sebuah lounge peribadi di hotel tersebut. Bagaimanapun, semua draf akuan bersumpah dibuat dan drangka di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Akun bersumpah pertama dibuat secara tidak terperinci kerana mungkin Rahimi tidak bersedia memberitahu banyak perkara, terutamanya pembabitan Mumtaz Jaafar yang juga ibu kepada seorang kenalan sekolahnya.

Tiada pengurungan, Rahimi bebas keluar dan masuk. Malah beliau ada keluar daripada hotel beberapa kali, termasuk bagi menonton perlawanan bola sepak dengan beberapa 'pengawal peribadi'.

NONESelepas Rahimi dipanggil memberikan kenyataan kepada polis. Dia memberitahu tidak ditanya banyak soalan tetapi diberitahu ada kemungkinan dipanggil semula.

Tidak dapat dihubungi

Kemudian, selepas dipanggil kali kedua, Rahimi memberitahu bahawa dia ditanya sama ada pernah berjumpa dengan Rosmah dan Mumtaz.

Selepas dinasihatkan oleh peguam peribadinya ketika itu Stanley Sinnapan supaya bercakap benar, beliau menceritakan apa yang beliau tahu. Semua ceritanya tiada percanggahan dengan akuan bersumpah yang pertama.

Setiap perjumpaan dengan Rahimi tidak semata-mata berbincang soal akuan bersumpah tetapi bagi membantu pasukan pembelaan Anwar mengumpulkan maklumat.

Rahimi kemudian masuk dan keluar pejabat Anwar seperti biasa dan diberikan beberapa tugas kecil kerana dia tidak lagi bekerja secara rasmi. Dia juga terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh di mana Anwar bertanding.

Tetapi bila perbicaraan hampir bermula, apabila ketua pasukan pembelaan ditukar kepada Karpal Singh, Rahimi tidak dapat dihubungi. Dia tidak menjawap panggilan telefon dan SMS.

NONEKali terakhir Latheefa dan pemimpin PKR berhubung dengan Rahimi menjelang perkahwinan Rahimi hujung tahun lalu.

Selain Rahimi, terdapat beberapa orang yang berpotensi jadi saksi turut diminta membantu memberikan maklumat.

Tentang akuan bersumpah Rahimi

Akuan bersumpah itu tidak tebal. Ia hanya dua atau tiga halaman sahaja. Sebelum ditandatangan, Rahimi diminta menyemak semula drafnya beberapa kali supaya apa yang dia rasa tidak selesa boleh dibuang.

NONEIa ditandangan di depan pesuruhjaya sumpah di Petaling Jaya State, bukan Petaling Jaya Old Town seperti yang dinyatakan dalam laporan polis Rahimi kelmarin.

Dia tidak diberikan salinan dokumen itu “sebab tidak memintanya”. Kemungkinan sekarang Rahimi sendiri sudah lupa apa yang terkandung dalam akuan bersumpahnya.

Akuan bersumpan itu mengandungi dua bahagian, bahagian pertama tentang bagaimana dia mengenali Mohd Saiful dan pengalaman mereka bersekolah dan bekerja bersama.

Manakala bahagian kedua menceritakan tentang pertemuan Mohd Saiful Bukhari dengan Najib dan Rosmah.

(Latheefa tidak dapat ingat sepenuhnya kandungan akuan bersumpah itu kerana dokumen itu didakwa telah hilang daripada simpanannya).


View the original article here