Friday, October 8, 2010

Rahimi: Saya tak boleh dedah kandungan SD baru

Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim - Rahimi Osman berkata beliau tidak boleh mendedahkan apa yang terkandung dalam akuan bersumpah terbaru yang dibuatnya semalam, selepas membuat laporan polis bahawa dua akuan bersumpahnya yang ditandatangani pada 2008 dibuat dalam keadaan tertekan.

NONERahimi, 25, semalam mendakwa dia dipaksa untuk menandatangani dua akuan bersumpah berhubung tuduhan yang Anwar telah meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Rahimi mendakwa akuan bersumpah itu telah dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.

"Kandungan kedua-dua akuan bersumpah itu adalah tidak benar sama sekali. Dan saya dipaksa untuk menandatanganinya. Saya juga tidak diberikan sebarang salinan kedua-kedua akuan bersumpah tersebut.

"Disebabkan akuan bersumpah itu tidak benar, saya sekarang ingin menceritakan perkara yang sebenarnya, maka saya telah membuat satu akuan bersumpah yang baru yang mengandungi cerita benar," laporan polis Rahimi dipetik.

Katanya, buat masa ini, kandungan terbaru akuan bersumpah berkenaan tidak boleh didedahkan.

NONE“Saya tidak boleh didedahkan kerana ia mungkin menganggu kes perbicaraan (liwat) yang sedang berlangsung,” katanya kepada Malaysiakini.

“Saya hanya mahu menarik balik dua akuan bersumpah yang saya buat sebelum ini. Saya tidak mahu ganggu perbicaraan mahkamah sekarang dan saya tidak mahu berpolitik,” kata bekas pembantu Anwar itu yang kini adalah seorang ahli perniagaan.

Rahimi terus mempertahankan apa yang diperkatakannya kepada peguam Latheefa Koya, yang sekarang ini adalah ketua penerangan PKR adalah tidak benar dan beliau mahu kebenaran ditegakkan.

Rahimi, ketika membuat laporan polis semalam, juga melampirkan sesalinan akuan bersumpah terbarunya.

Ditanya sama ada beliau mempunyai salinan akuan bersumpah lama yang didakwanya dipaksa untuk tandatangani, Rahimi berkata dia tidak diberikan sebarang salinan.

NONEBekas pembantu itu juga diminta mengulas kenyataan yang dibuat oleh Datuk Zaid Ibrahim yang bakal bertanding pada pemilihan timbalan presiden PKR - yang mendesak polis supaya menyiasat dakwaan Rahimi.

Katanya, dia gembira kerana ada beberapa pemimpin PKR seperti Zaid yang menghormati undang-undang dan hak individu.

“Zaid berfikiran terbuka dan ini yang sepatutnya diamalkan oleh PKR. Saya tiada niat atau berdendam dengan PKR atau mana-mana ahlinya.

“Saya hanya mahu kesilapan lampau (dua affidavit) sebelum ini diperbetulkan,” katanya.

[Baca berita penuh]


View the original article here

No comments:

Post a Comment