Wednesday, September 29, 2010

NKEA bukan bina ekonomi dikawal k'jaan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata langkah khusus dalam Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) bukan satu langkah untuk membina ekonomi yang dikawal kerajaan tetapi satu perkongsian antara sektor awam dan swasta di dalam memacu pertumbuhan masa depan negara ini.

idris jala economic transformation plan open house"Sesetengah pihak kemungkinan terkejut oleh bagaimana khususnya NKEA itu. Tetapi saya perlu tekankan bahawa ini bukan langkah untuk membina ekonomi yang dikawal kerajaan.

"Sebaliknya, ia adalah satu usaha kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi membina ekosistem yang akan menjana ekonomi bidangan sambil membina satu jumlah kritikal yang diperlukan industri bernilai tambah berintensif pengetahuan," katanya pada Forum Invest Asia 2010 anjuran International Herald Tribune (IHT) di Kuala Lumpur hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib berkata NKEA menyediakan peluang yang besar untuk meningkatkan daya saing global Malaysia dan menjajar dengan rapat dengan pendapatan tinggi, matlamat kemampanan dan keterengkuman.

"Dalam banyak cara, langkah menarik pelaburan berkualiti adalah lebih penting daripada menarik kuantiti yang lebih besar."

"Sebab itu, Model Baru Ekonomi (MBE) memberikan fokus yang unik pada perkhidmatan, teknologi dan inovasi bernilai tinggi, dengan jangkaan bahawa ini akan mewujudkan peluang ekonomi jangka panjang yang lebih meluas," katanya.

Perdana Menteri berkata pelaburan langsung asing (FDI) akan turut menjadi elemen bagi kejayaan negara ini, terutama sekali berasaskan peningkatan daya saing ekonomi global.

Katanya langkah itu menunjukkan hasil yang baik apabila banyak perbadanan utama seperti Coca-Cola, Exxon dan Industrial and Commercial Bank of China yang mengumumkan pelaburan baharu di Malaysia.

"Melalui inisiatif baharu itu, peranan pelaburan swasta meningkat dengan dengan apabila kerajaan meingkatkan peranannya sebagai pemudah pertumbuhan yang didahului sektor swasta.

"Sambil kita telah menonjolkan sebab-sebab kenapa sektor swasta perlu menjana petumbuhan, kita percaya kerajaan akan terus emmainkan peranan penting dalam proses itu, seperti menurut bidalan, sesuatu rancangan itu hanya baik apabila dilaksanakan."

Langkah mudah seperti mengurangkan birokrasi dan jumlah besar masa yang perlu digunakan bagi memperbadankan satu perniagaan baharu, membina komuniti antarabangsa dan menyediakan jaringan keselamatan bagi golongan miskin, adalah perkara tyang perlu diambil kira orang sesuatu pemudahcara.," katanya.

Forum dua hari itu yang menampilkan 19 penceramah terkemuka telah berkongsi pandangan mengenai pelaburan alternatif di Asia, berakhir hari ini.

--Bernama


View the original article here

No comments:

Post a Comment