Friday, October 8, 2010

Sivarasa: Akuan bersumpah Rahimi tidak relevan

Akuan bersumpah Rahimi Osman tidak akan menjejaskan perjalanan perbicaraan tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah.

"Ia tidak relevan kepada perbicaraan selepas kenyataan (Rahimi) dirakamkan oleh pihak polis," katanya Sivarasa yang juga seorang peguam.

Katanya, Rahimi telah memberikan kenyataan yang menggambarkan akuan bersumpah pada 23 Julai 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak dan Rosmah Mansor dalam kes perbicaraan berprofil tinggi itu.

"Rahimi dipercayai disenaraikan sebagai saksi pihak pendakwaan. Dan sekiranya dia dipanggil ke mahkamah, kenyataan kepada polis akan turut dibawa," katanya.

Bagaimanapun beliau masih tidak pasti berhubung kemungkinan perkara itu berlaku.

Tidak menolak ada akuan bersumpah ketiga dibuat oleh Rahimi, Sivarasa berkata sekiranya ada dan bertentangan dengan kenyataannya kepada polis, perkara itu dikira kesalahan jenayah.

"Boleh dikenakan hukuman tujuh tahun penjara (jika bersalah)," katanya ketika ditanya tentang hukumannya.

[Baca berita penuh]


View the original article here

No comments:

Post a Comment