Friday, October 1, 2010

SKMM kemuka tiga kes kepada Peguam Negara

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sudah mengemukakan kepada Pejabat Peguam Negara tiga kes membabitkan perbuatan anti-nasional dan berunsur hasutan yang boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia untuk diambil tindakan selanjutnya.

rais yatim pc 020709 01Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, berkata pihaknya berharap supaya kes-kes berkenaan akan dilihat daripada sudut perundangan semata-mata tanpa membabitkan unsur perkauman.

"Yang terakhir (kita hantar) minggu lalu tiga kes berkaitan dengan pelbagai perbuatan yang menyalahi bukan saja kedamaian kita tetapi mempunyai kecenderungan hasutan, jelik dan beberapa perkara yang berhubung kait dengan kesalahan komputer, kesalahan penggunaan transmisi penyedia perkhidmatan internet (ISP) dan lain-lain," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-50 Bunga Raya Bunga Kebangsaan yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini, Rais berkata, beliau berpuas hati dengan tindakan yang dilaksanakan SKMM.

"Tapi terserah kepada pendakwa raya iaitu Peguam Negara di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. Kami tidak boleh campur tangan dalam soal penentuan tersebut. Ini cuma dapat menzahirkan hasrat supaya pendakwaan dijalankan," katanya.

NONEDalam pada itu, beliau juga menasihatkan generasi muda supaya mencintai negara dan tidak mengambil mudah terhadap tuntutan kesetiaan dan kecintaan kepada negara.

"Justeru amalan-amalan seperti menconteng foto diraja atau memperkecilkan lagu Negaraku atau berhemah dalam keadaan yang tidak memberi pengertian mesti kita hentikan," katanya.

- Bernama


View the original article here

No comments:

Post a Comment