Thursday, September 30, 2010

Polis perjelas kes 'kehilangan' usahawan India

Polis tidak menerima laporan berhubung kehilangan usahawan India, Allal Kanthan Muthuraja sebaliknya hanya menerima laporan berkaitan penipuan yang kononnya dilakukan oleh anggota polis dari Bukit Aman bagi "membebaskan" usahawan dari Chennai itu 29 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail menolak dakwaan keluarga mangsa kononnya polis tidak bertindak sewajarnya untuk menyiasat kehilangan usahawan berusia 34 tahun itu sejak awal tahun ini.

NONE"Kita sahkan ada terima laporan pada 29 Mac lepas di Balai Polis Klang oleh abang mangsa, Dr Kasi Viswanathan, berhubung penipuan yang didakwa dilakukan oleh "Polis Bukit Aman" yang meminta sejumlah bayaran bagi membebaskan usahawan India itu. Jadi pada masa itu kita siasat kes tersebut di bawah penipuan.

"Polis kemudian bertindak dan menyiasat kes tersebut sebagai orang hilang apabila satu laporan dibuat oleh isterinya, Usharani pada 8 Sept lepas," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata walaupun pada awalnya kes itu disiasat bagi kes penipuan, namun pada masa yang sama polis telah berusaha untuk menjejaki usahawan itu.

NONE"Pegawai penyiasat telahpun cuba mengesan Muthuraja, namun tidak berhasil, sehinggalah pada 8 September lepas, apabila satu laporan dibuat tentang kehilangan Muthuraja, barulah kita siasat lebih mendalam lagi dengan kaitannya dengan siasatan kes jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain," katanya.

Beliau meminta ahli keluarga Muthuraja agar memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan kes itu secara terperinci dan meminta mereka mendapatkan sumber yang sahih untuk mengetahui sebarang perkembangan terkini terhadap siasatan itu.

"Untuk mengelakkan daripada mendapat maklumat daripada individu-individu atau mana-mana pihak yang tiada kaitan dengan kes ini, kita telah melantik pegawai penghubung untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada keluarga mangsa," katanya.

Sosilawati Lawiya police search afp 3Hussin berkata ekoran laporan kehilangan usahawan itu, polis telah menahan dua lelaki tempatan secara berasingan iaitu di Taman Wilayah, Selayang dan Kampung Laksamana, Batu Caves sejak 10 hari lepas.

Ketika diminta mengulas tempoh tahanan reman lima suspek kes pembunuhan Sosilawati yang tamat Jumaat ini, Hussin berkata polis belum membuat sebarang keputusan sama ada menyambung reman atau tidak kelima-lima suspek terbabit.

- Bernama


View the original article here

Karpal: Dengar 'nasihat' Branson, hentikan liwat II

Peguam kanan Karpal Singh menggesa Peguam Negara mengunakan nolle prosequi (hentikan pendakwaan) ke atas kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berikutan percabangan antarabangsa seperti yang dinyatakan oleh usahawan Britain, Sir Richard Branson.

NONEKarpal yang juga adalah peguambela yang mengetuai pihak pembelaan berkata menarik balik dakwaan adalah cara terbaik untuk menarik 'duri dalam daging' yang disebut oleh Branson.

"Menyiksa Anwar dilihat tidak produktif terhadap pendirian kerajaan, khususnya selepas pilihan raya umum 8 Mac, 2008 yang menunjukkan BN tidak menikmati mandat padu daripada rakyat.

"Di latar antarabangsa, kerajaan terus dibidas dalam isu ini. Saya seru kerajaan agar pragmatik dan realistik. Mendakwa Anwar addalah bercanggahan dengan kepentingan nasional kerana tumpuan antarabangsa adalah ke atas perbicaraan itu,” kata Karpal dalam satu kenyataaan media hari ini.

Branson pada 27 September lalu berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang itu yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.

NONE"Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur.

"Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya.

Karpal juga mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa pihaknya akan cuba mengheret beliau dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk bertindak sebagai saksi dalam perbicaraan itu.

azlan"Jika perdana menteri dan isterinya bersedia diheret, jadi biarkannya. Pasukan pembela memberi jaminan bahawa semua kebenaran akan didedahkan,” katanya.

Pengadu utama kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan pernah berkata dia berjumpa dengan Najib di kediaman rasminya, dan Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri melahirkan rasa terkejutnya.

[Baca berita penuh]


View the original article here

Kekosongan kerusi Galas dimaklum kepada SPR

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengesahkan sudah menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Galas kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut.

kelantan adun galas che hashim sulaimaKatanya surat pemakluman itu dihantar pada 12.45 tengah hari semalam sejurus selepas pihaknya menerima surat pengesahan kematian penyandang kerusi itu, Chek Hashim Sulaima.

"Kita telah terima sijil kematian pagi semalam dan sudah menghantar surat makluman kekosongan kerusi selepas itu kepada pihak SPR, melalui pos dan faks," katanya di Rantau Panjang hari ini.

Chek Hashim, 46, meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada Ahad lalu akibat barah usus.

adun galas passed awayPada pilihan raya umum 2008, Che Hashim memenangi kerusi DUN Galas setelah menewaskan calon Barisan Nasional Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi apabila beliau memperoleh 4,399 undi manakala Mohamad Saufi mendapat 3,753 undi.

Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

- Bernama


View the original article here

Peneroka menang lagi kes saman Felda

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu, lapor Harakahdaily.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya berikutan saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

FeldaNamun, hakim memutuskan, bayaran berkenaan hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak mencukupi.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah berkenaan kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.


View the original article here

'Tangkap Zunar tidak bantu kemajuan demokrasi'

Konsensus Bebas mempersoalkan tindakan Kementerian Dalam Negeri menangkap kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) dan merampas buku-buku beliau.

NONE"Setakat ini masih tidak jelas sama ada Zunar ditangkap atas Akta Hasutan atau Akta Mesin Percetakan dan Penerbitan, dan sama ada perintah pengharaman buku "Cartoon-o-phobia" telah di keluarkan oleh KDN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Konsesus Bebas terdiri daripada ahli parlimen bebas - Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Wee Choo Keong (Wang Maju), Datuk SeriZahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru).

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan tersebut menimbulkan persepsi bahawa kerajaan tidak bersikap toleransi terhadap pendapat yang bercanggah dengan pendirian rasmi.

"Tindakan itu juga boleh dianggap sebagai taktik buli untuk menyekat penyebaran pendapat tersebut. Persepsi sedemikian tidak akan membantu usaha kerajaan untuk memajukan proses demokrasi di negara ini.

NONE"Langkah memberkas seorang kartunis dan menyekat buku karyanya - ketika perdana menteri yang sedang berada di New York, berusaha meyakinkan betapa progresifnya Islam kepada Presiden Obama dengan tawaran membantu menangani Islamophobia di Amerika Syarikat - akan menjejaskan imej perdana menteri di mata kerajaan negara tersebut," tegasnya lagi

Konsensus Bebas juga berpendapat golongan karyawan mestilah diberi ruang yang munasabah untuk mereka menjadi kreatif.

"Bagaimanapun, Konsensus Bebas menyeru golongan karyawan supaya peka dengan keadaan masyarakat majmuk yang wujud di negara ini.

"Para seniman dan karyawan perlu faham bahawa seni dan karya tidak memberikan mereka lesen besar untuk berbuat sesuka hati mereka. Setiap hak datang bersamanya tanggungjawab, dan had berkarya.

ngo support zunar cartoon pc 260910 representatives"Janganlah kita berselindung di sebalik seni untuk memfitnah, mencerca, membohongi atau melakukan sesuatu yang boleh mencetuskan ketegangan agama dan ketidakharmonian kaum.

"Atau menghina peribadi seseorang. Apatah lagi memperlekeh, menghina atau mencerca mana-mana agama atau bangsa," tegasnya.

Berikutan itu, katanya, biarlah rakyat yang membuat keputusan untuk menerima atau menolak hasil seni mereka melalui kuasa pasaran.

"Konsensus Bebas juga berpendapat, di zaman Internet, langkah-langkah untuk mengharam sebarang buku adalah lapuk kerana maklumat kini lebih bebas dan mudah diperolehi dari sumber-sumber alternatif," katanya lagi.


View the original article here

MB jamin pemilihan cabang Kuala S'gor selamat

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata semua langkah perlu telah diambil bagi memastikan keselamatan semua pihak yang hadir dalam pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor, Ahad ini.

Khalid yang juga ketua cabang itu berkata selain menambah jumlah sukarelawan untuk melicinkan proses pemilihan, bilangan perwakilan yang membuang undi dalam satu-satu masa juga dihadkan.

"Semua orang akan selamat," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Shah Alam hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai persediaan cabang terbabit selepas berlaku kekecohan dalam pemilihan di beberapa cabang parti tersebut pada Ahad lepas.

Khalid yang mempertahankan jawatannya menerima tentangan tiga calon lain termasuk dua bekas pemimpin cabang tersebut.

Mereka ialah bekas ketua Wanita Fauziah Sulaiman, bekas ketua penerangan AMK Mazli Saring dan bekas guru Muhammad Kamil Vaanan Abdullah.

Sementara itu, pegawai penyelaras pejabat kerja DUN Ijok Abdul Rahman Talib ketika dihubungi berkata pihaknya telah memaklumkan mengenai pemilihan itu kepada polis Kuala Selangor sebagai langkah berjaga-jaga.

Selain itu katanya, mereka juga akan meminta bantuan anggota RELA bagi menjaga peti undi.

Seramai 6,218 anggota cabang tersebut layak mengundi dalam pemilihan berkenaan.

Ahad lepas, pemilihan di empat cabang iaitu Klang, Kota Raja, Kuala Langat dan Kapar kecoh selepas perwakilan tidak berpuas hati dengan cara pemilihan dijalankan.

- Bernama


View the original article here

Exco: Penduduk bimbang PERKASA hadir majlis PM

Exco kerajaan Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, beliau telah menerima aduan dari penduduk tempatan yang bimbang terhadap penglibatan PERKASA dalam program perdana menteri di Padang Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah pada 2 Oktober ini.

iskandar abdul samadBeliau yang merupakan pengerusi jawatankuasa tetap perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan negeri Selangor berkata ini kerna terdapat khabar angin bahawa program itu adalah anjuran sebuah pertubuhan seni silat dan PERKASA.

Katanya, walaupun pihak penganjur telah menghubungi beliau dan memberithu bahawa PERKASA tidak terlibat tetapi sebuah akhbar melaporkan bahawa pihak penganjur telah menjemput pemimpin PERKASA ke majlis tersebut.

"Oleh itu, penduduk bimbang penglibatan PERKASA akan memberi kesan buruk kepada hubungan antara kaum di kawasan DUN Cempaka - tempat majlis itu akan diadakan," katanya dalam satu kenytaan.

NONE"Hubungan antara kaum di Cempaka dan kawasan parlimen Pandan adalah begitu baik sekarang ini, maka penduduk tidak mahu melihat ia terjejas akibat majlis tersebut," tambahnya.

Sehubungan itu, beliau berharap perdana menteri dan pihak penganjur akan turut mengambil kira keharmonian masyarakat kerana majlis itu telah mendapat publisiti buruk dan telah mewujudkan kebimbangan di kalangan rakyat.

"Saya yakin perdana menteri tentu sekali tidak mahu nama dan kredibiliti beliau tercemas akibat majlis ini," tambahnya.


View the original article here

'Perang' PERKASA: Siswa berdemo sokong 'Nah'

Kira-kira 100 mahasiswa Kolej New Era di Kajang hari ini berhimpun bagi menuntut pentadbiran universiti itu menarik balik pembatalan program Namewee di tempat mereka malam ini.

Kumpulan yang dipimpin oleh majlis perwakilan mahasiswa dan persatuan pengajian medianya antaranya bagi menyatakan sokongan kepada penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi itu.

NONEMereka mempertikaikan tindakan kolej berkenaan yang membuat pembatalan mengejut itu tanpa mendapatkan sebarang pandangan daripada mahasiswanya.

Kolej New Era tidak memaklumkan keputusan pembatalan itu sebelum membuat kenyataan kepada pihak media, dakwa mereka.

Malaysiakini difahamkan kedua-dua pihak, mahasiswa dan pentadbiran kolej milik Dong Zong - NGO pendidikan Cina terbesar masih belum membuat keputusan berhubung tindakan seterusnya.

Antara cadangan yang dikemukakan adalah semua pihak - pelajar, Namewee dan juga PERKASA bersemuka dan berdialog bagi mencari jalan penyelesaian.

NONEKolej itu pagi ini membatalkan persembahan Namewee di kampus Kajang ekoran hasrat PERKASA untuk 'mengekori' ke mana saja penyanyi rap kontroversi itu mengadakan siri jelajahnya.

Siri jelajah itu diadakan sempena 'Nah' - tajuk video terbaru Namewee yang menyentuh mengenai isu perkauman di negara ini yang membabitkan beberapa pengetua sekolah yang menghamburkan kata-kata perkauman kepada masyarkat Cina dan India. Bagaimanapun bahasa yang digunakan dalam videonya itu dikatakan tidak bersesuaian dan menghina orang Melayu.

Dalam satu kenyataan, kolej itu menjelaskan tindakan itu diambil kerana mereka tidak gembira dengan insiden yang berlaku di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) sebelum ini.

Kelmarin, perkarangan KLSCAH kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang anggota PERKASA bagi membantah tindakan Namawee yang melancarkan albumnya.

Beberapa orang daripada mereka membawa sepanduk PERKASA, bendera Malaysia dan membakar gambar Namewee.

perkasa protest at chinese assembly hall 5PERKASA semalam 'mengisytiharkan' perang terhadap penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi Namewee selepas album sulungnya dilancarkan beberapa hari lau.

Ketua Wira NGO itu Arman Azha Abu Hanifah berkata, sebagai "panglima perang dan hulubalang Melayu" mereka akan sedia mengekori ke mana saja Namewee mengadakan siri jelajah dan persembahannya selepas ini.

"Kami sambut (siri jelajahnya) dengan tangan terbuka. Kalau dia buat konsert di dalam (dewan), kita akan 'berkonsert' di luar," katanya ketika diminta mengulas rancangan terbaru artis muda itu.


View the original article here

PERKASA bantah 'Nah!' - bakar gambar Namewee

Perkarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajala di Kuala Lumpur, malam semalam menjadi kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bagi membantah tindakan Namawee yang melancarkan albumnya.

perkasa protest at chinese assembly hallMereka dilihat tiba ke perkarangan dewan itu kira-kira jam 8.45 malam dengan beberapa dari mereka membawa sepanduk PERKASA dan bendera Malaysia serta dan gambar Namawee yang dibakar. Kumpulan itu juga melontarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.

Kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat mengawal kawasan itu sejak jam 8 malamini.

perkasa protest at chinese assembly hall 5Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang mengetuai perhimpunan itu dilihat berunding dengan seorang anggota polis untuk memasuki dewan tersebut namun dihalang polis dengan menutup pagar dewan itu.

Mereka kemudiannya meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan. Ini diikuti dengan kata-kata cacian 'Namewee babi' dan 'pengkhianat'.

Arman Azhar yang ditemui pemberita berkata perhimpunan itu diadakan bagi membantah tindakan Namewee yang dianggap penghianat terhadap negara kerana menghasilkan klip-klip video dan album yang boleh mencetuskan kontroversi dan perkauman.

"Kami desak, minta dia (Namawee) minta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia, bukan sahaja pada orang Melayu, atas perbuatan yang dia lakukan. Ternyata apa yang dia lakukan merosakkan muhibah kaum.

perkasa protest at chinese assembly hall 6Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata perhimpunan itu tidak melibatkan penahanan mana-mana pihak kerana mereka mengikut arahan polis supaya bersurai.

"Kita arahkan mereka bersurai dalam masa 40 minit, dan mereka akur," katanya.

Namewee, sebelum itu berucap pada kira-kira 600 hadirin pada persidangan belia yang berjudul 'Belia, mengapa anda memerlukan 'Nah'?

'Nah' adalah tajuk video terbarunya yang menyentuh mengenai isu perkauman di negara ini yang membabitkan pengetua yang menghamburkan kata-kata perkauman kepada masyarkat Cina dan India. Bagaimanapun bahasa yang digunakan dalam videonya itu dikatakan tidak sesuai.

namewee signing autographs 2Pada jam 9.30 malam, akibat kekecohan di luar dewan itu, pihak penganjur memutuskan untuk menamatkan sesi berkenaan.

Mereka kemudiannya menasihatkan para hadirin supaya tenang dan terus balik ke rumah serta tidak bertindakbalas terhadap kumpulan itu.

Sebelum bersurai, Namewee mengambil peluang menandatangani poster dan album untuk peminatnya.

Ditanya wartawan berhubung reaksinya terhada protes anjuran PERKASA itu, Namewee berkata: “Saya tiada komen, saya bukan ahli politik. Tujuan saya ke sini adalah untuk majlis anti-perkauman.”

Soalan: Tetapi mereka datang mencari awak.

Namewee: Itu bukan masalah saya.

namewee signing autographsMereka membakar gambar awak?

Bukan urusan saya - mereka bakar gambar saya, bukan saya.

Adakah awak akan memohon maaf seperti yang dituntut oleh PERKASA?

Tidak, mohon maaf bukan isu sebenarnya. Saya datang ke sini bagi membantu menyelesaikan isu perkauman.

Adakah awak takut dengan PERKASA?

Saya tidak takut. Saya percaya polis akan melindungi saya.

Namewee meninggalkan dewan berkenaan pada jam 10 malam dengan diiringi beberapa kereta peminatnya serta dua anggota polis bermotosikal.


View the original article here

Warga emas pulang wang 'haram' hanya sandiwara

Tindakan sekumpulan warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan Pulau Pinang hanyalah satu sandiwara, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim.

NONEBeliau berkata, ada kemungkinan warga emas yang memulangkan wang ehsan itu tidak mendaftar lagi dalam sistem yang disediakan oleh kerajaan negeri dan mereka mungkin dipengaruhi oleh sesetengah pihak.

"Mungkin ada pihak yang telah mendesak mereka," katanya bagi mengulas tindakan 40 warga emas memulangkan semula wang bantuan daripada kerajaan negeri itu kerana wang itu dikatakan daripada sumber judi lumba kuda.

Isu status wang itu didedahkan oleh sebuah blog yang mendakwa ia dari sumber judi, dan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penerima beragama Islam.

Isu hangat

Abdul Malik berkata, wang itu bukan daripada hasil judi sebaliknya hasil yang diperoleh kerajaan negeri daripada amalan perbelanjaan berhemah sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri.

Pemberian wang ehsan kepada warga emas itu menjadi hangat apabila akhbar arus perdana yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan berkata wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda itu diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Lim berkata Umno cuba meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.

“Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang,” kata Lim.

Menurut beliau, wang derma RM2 juta itu telah disahkan oleh pegawai kewangan negeri, Datuk Farizan Darus bahawa ia telah diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Tidak haram

Mengulas perkara yang sama, bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula dua hari lalu berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya.

Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.”


View the original article here

Galas: PAS takut 'tak bertempat', kata Umno

Pemuda dan Wanita Umno Bahagian Gua Musang menyifatkan cadangan PAS agar Umno tidak meletakkan calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas itu sebagai "takut tidak bertempat".

takiyuddin hassanKedua-dua ketua sayap Umno bahagian itu berpendapat kenyataan penolong setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan itu juga sebagai bayangan bahawa mereka takutkan kekalahan.

Ketua Wanitanya, Datuk Wan Hazani Mohd Nor berkata cadangan itu langsung tidak praktikal kerana menang kalah dalam pilihan raya adalah adat pertandingan.

"Menang kalah dalam pilihan raya adat. Umno pernah menang dan tewas tetapi kita terima kekalahan itu dan begitu juga PAS yang pernah tewas di Galas pada 2004.

azlan"Kenyataan ini adalah kata-kata orang penakut tidak bertempat dan ingin saya tegaskan Umno dan BN tidak mempunyai erti kata takut untuk bertanding pada pilihan raya kecil ini," katanya kepada Bernama.

Semalam, Takiyuddin yang memberikan cadangan itu atas nama perpaduan Melayu berkata Umno seharusnya membuktikan keikhlasannya menyatukan orang Melayu dengan tidak bertanding di DUN itu nanti.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam komennya juga turut bersetuju dengan cadangan Takiyuddin itu malah berpendapat semua pihak perlu bersatu dalam PAS.

Mengulas perkara itu, Wan Hazani berkata Umno mempunyai keyakinan BN mampu merampas kembali DUN Galas itu berdasarkan kepada sokongan rakyat di DUN itu ketika ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda bahagian itu, Bazlan Baharuddin berkata Umno mempunyai banyak calon berwibawa untuk digalaskan harapan bertanding DUN itu.

adun galas passed away"Saya yakin kenyataan Takiyuddin itu keluar kerana mereka tidak mempunyai calon berwibawa berbanding Umno yang sudah bersiap sedia untuk menggempur DUN itu," katanya.

Pilihan raya kecil itu bakal diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS kerana barah usus, dua hari lalu di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Dalam pilihan raya umum 2008, allahyarham memperoleh 4,399 undi menewaskan Mohamad Saufi Deraman dari BN dengan majoriti 646 undi.

- Bernama


View the original article here

'Gergasi pro-kebebasan media sudah bangkit'

Sebaris komen dalam laman blog - yang bertanyakan sama ada Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia masih 'hidup' - memberitakan tamparan hebat kepada presiden barunya Hata Wahari, menyebabkan "regim baru" itu bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan kebebasan media.

NONE"(Tulisnya) NUJ telah mati mati lama dahulu. Itu yang menyentuh perasaan saya.

"Dan saya balas, saya tak kenal siapa penulisnya, memang NUJ telah telah mati 12 tahun lepas, 13 tahun lepas, tetapi saya sempat menyelamatkan semangat NUJ pada tahun 80-an untuk dihidupkan semula.

"Dan saya cakap dengan dia, lihatlah gergasi baru bangun tidur. Bila dia bangun tidur, dia makan apa saja," katanya yang mendakwa telah lama memendam rasa "terlampau kecewa" itu.

Selepas menang kerusi presiden NUJ - gabungan terbesar wartawan Malaysia - pada 17 September lalu, kesatuan itu dilihat bertukar nada apabila dilihat kembali garang apabila mempersoalkan beberapa akta anti-kebebasan seperti akta mesin cetak dan penerbitan.

Dengan agenda liberalisasi media, Hata turut mengkritik keras akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang didakwanya tunduk kepada tuan politik masing-masing dan tidak berkaitan sama sekali dengan kebebasan media.

Tindakan itu dilihat mengejutkan dan membuka mata beberapa pihak yang selama ini memandang sinis keberanian gabungan lapan kesatuan wartawan pelbagai akhbar itu; terutama apabila Utusan memuatkan berita menghentam wartawan politik itu.

Jaga periuk nasi

Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini semalam, wartawan Utusan Malaysia selama 15 tahun itu menafikan wadah perjuangan NUJ yang lantang memperjuangkan kebebasan seperti sekitar tahun 80-an telah padam.

"Ia sebenarnya tersimpan dalam sebuah peti, berkunci. Dan peti itu terletak di negeri Maghribi," katanya berseloroh.

NONE Katanya, setelah "menjaga periuk nasi" selama 12 tahun di zaman "regim "presiden lama Norilla Daud , "dendamnya" itu terubat apabila mendapati ramai wartawan pelbagai akhbar kini menyokong agenda yang dimuatkan dalam manifestonya.

"Mungkin perubahan masa dia (Norilla) tak dapat ikut, (atau) terbelenggu dalam kepompong.

"Sebab itu cawangan NUJ di lapan syarikat rasa kita perlu seorang boleh bawa NUJ kembali pada perjuangan asal," katanya sambil menimbau noltalgia bawah pimpinan Yazid Otman dan Abdullah Tahir.

Justeru, menurut Hata, apabila ada seorang "kepala" sepertinya mahu ke depan, semua pihak kini tampil sebulat hati memperjuangkan agenda yang sama.

Beliau juga mengakui, apabila bekas presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad - yang kemudiannya dipecat majikannya - mencetuskan permulaan idea liberalisasi media yang mahu diperjuangkan NUJ.

"Bila Amran sudah menampakkan gerakan itu, (saya fikir) nampaknya ada orang ada (buah) fikiran yang sama dengan kita. Ini yang kita nak buat, tetapi masa itu tak nampak (lagi) kumpulan yang nak sokong kita," kata Hata.

[Baca lanjut]


View the original article here

Sivarasa: Saya tidak tewas di cabang

Mesyuarat agung tahunan cabang PKR Subang minggu lalu sebegitu kecoh dengan ada beberapa pihak yang bertengkar dan bergaduh sehingga semua pihak tertanya-tanya sehingga hari ini sama ada ahli parlimen Subang, R Sivarasa gagal mempertahankan jawatan ketua cabangnya.

NONEBagaimanpun, peguam veteran itu, tampil di Malaysiakini, semalam untuk memberikan versi ceritanya mengenai apa yang berlaku pada hari Ahad lalu.

Katanya, tidak ada pemilihan yang sah berlangsung pada AGM yang huru-hara itu dan mempertahankan bahawa ia dicemari pelbagai dakwaan penipuan bermula dengan penerimaan kertas undi yang mencurigakan.

"Terdapat pelbagai kesilapan. Sesetengah nama yang sepatutnya berada di senarai tidak ada manakala nama yang tidak sepatutnya pula muncul. Senarai yang digunakan penuh bermasalah,” katanya.

Namun, mesyuarat diteruskan mengikut agenda yang ditetapkan termasuk pencalonan pemimpin peringkat pusat PKR.

"Tetapi ia tidak teratur. Pengerusi gagal mengawal perjalanan mesyuarat dan ia tidak dapat diteruskan, “ kata Sivarasa sambil mendakwa beliau mendapat 158 undi dalam pengiraan awal untuk jawatan ketua cabang yang menyaksikan pertandingan lima penjuru.

azlanMenurutnya, secara tetiba, seseorang ahli kemudiannya membuat bantahan dan menuntut kiraan semula dijalankan. Apabila ini dijalankan kelebihan undinya merosot secara misteri dan Sivarasa hanya mendapat 121 undi.

"Adalah jelas, kita tidak dapat teruskan mesyuarat, malah tiga lagi calon yang lain juga meminta ia ditangguhkan,” katanya.

Mereka kemudiannya menghubungi ahli jawatankuasa pemilihan parti, Sabaruddin Md Yasin yang bertindak mengisytiharkan mesyuarat itu ditunda ke tarikh yang belum ditetapkan.

"Kami kemudiannya meninggalkan tempat mesyuarat tetapi dimaklumkan seorang calon dan penyokongnya meneruskan mesyuarat dan membuat kiraan undi serta meminta ahli-ahli supaya terus mengundi.

"Ahli cabang juga ditakut-takutkan secara fizikal dan dalam keadaan itu mereka bertindak tidak 'mengundi' saya. Calon ini kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai pemenang, “ kata Sivarasa.

"Mereka tidak mematuhi peraturan dan malah mengancam pemantau pemilihan yang kemudiannya membuat laporan polis.

"Ini tidak lain daripada tindakan bodoh dan samseng daripada sesetengah ahli,” katanya sambil menambah bahawa tindakan disiplin mesti diambil ke atas mereka.

Meskipun tidak menafikan hakikat mungkin terdapat eleman 'kuda trojan' di cabangnya, Sivarasa berberkata masalah utama adalah sikap samseng yang ditunjukkan oleh pencabarnya itu.

“Mereka tidak puas hati jika kalah,” katanya.

Sivarasa akan membuat aduan rasmi kepada ibu pejabat PKR hari ini.

[Baca berita penuh]


View the original article here

Ku Li jadi tumpuan p'raya kecil DUN Galas

Ketua Umno bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan membantu BN merampas semula DUN Galas, manakala PAS pula berharap pemimin veteran Umno itu akan mengambil sikap 'low profail' dalam pilihan raya kecil Galas nanti.

Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 46, dari PAS petang kelmarin kerana barah usus.

Chek Hashim menewaskan calon BN Mohamad Saufi Deraman dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 646 undi.

Calon PAS itu mendapat 4,399 undi mengalahkan Mohd Saufi memperolehi 3,753 undi.

Dun Galas mempunyai komposisi kaum dengan majoriti Melayu seramai 6,200, Cina (1,900), India (170) dan Orang Asal (2,000).

NONEGalas adalah antara tiga DUN dalam parlimen Gua Musang yang diwakili oleh Tengku Razaleigh. Dua lagi DUN ialah Nenggiri dan Paloh yang menangi oleh BN.

Tengku Razaleigh (kanan) yang dihubungi Berita Harian di London, dilaporkan berkata ia boleh dilakukan dengan lebih berkesan jika beliau diberi peranan untuk menggerakkan dan mengatur pelbagai persiapan seperti tanggungjawab sebagai pemimpin tertinggi di bahagian itu.

“Saya akan bekerja keras bersama pemimpin lain dalam bahagian bagi menentu kerusi DUN Galas yang sebelum ini dimenangi PAS kembali ke tangan BN,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata, Umno bahagian itu tidak mempunyai sebarang masalah dan bersedia mengatur persiapan menghadapi pilihan raya kecil di kerusi yang pernah menjadi kubu BN.

Katanya, buat masa ini beliau masih sibuk dengan tugas penting yang perlu diselesaikan dulu di luar negara dan menyerahkan kepada tiga kepimpinan bahagian itu untuk mengatur persiapan awalnya.

Beliau percaya timbalan ketua Umno bahagian Mat Yusoff Ab Ghani, naib ketua Datuk Nozula Mat Diah dan setiausahanya Ab Aziz Yusoff mampu berbuat demikian.

Sementara itu, Harakahdaily memetik pengarah pilihan raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun sebagai berkata beliau yakin Tengku Razaleigh mempunyai kaedah sendiri namun jika dia tidak menonjol adalah lebih baik.

"Faktor Ku Li memang kita tak boleh pandang rendah, tapi kita yakin mood beliau sendiri pada BN pada waktu ini tak begitu tinggi.

"Kita harap dia berada dalam keadaan 'low profile' kerana dia pun dipinggirkan oleh pemimpin BN selama ini," kata beliau yang juga Adun Bukit Tuku.

Faktor Ku Li disifatkan sangat menarik kerana satu-satunya pemimpin Umno yang bersetuju dengan tuntutan kerajaan PAS negeri itu menuntut hak royalti minyak yang dinafikan kerajaan Pusat.

Lebih menarik lagi, apabila isu tuntutan hak royalti negeri ini dijangka akan menjadi antara isu utama sepanjang kempen pilihanraya itu nanti.

Mengulas kelebihan PAS pula, Abdul Fatah berkata beliau optimis parti itu mampu mempertahankan DUN itu malah dengan pertambahan majoriti undi berbanding sebelum ini.

Ianya disandarkan kepada beberapa faktor termasuk hubungan baik kerajaan negeri dengan rakyat sejak lama.

"Kerajaan negeri sekarang berada dalam keadaan sangat baik, hubungan yang lunak antara pemimpin politik dengan kakitangan kerajaan serta pihak istana.

"Malah rakyat juga dapat menilai segala dakwaan pihak pembangkang negeri bahawa terdapat penyelewengan telah dibuktikan bahawa tidak wujud," katanya.


View the original article here

Galas: Muhyiddin lari dari tanggungjawab, kata PAS

Tindakan timbalan perdana menteri yang juga timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yaasin menyerahkan jentera pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas dianggap sebagai "lari daripada tanggungjawab", kata naib presiden PAS, Salahudin Ayub.

NONEKatanya, telah menjadi kelaziman bagi BN meletakkan tanggungjawab pengarah pilihanraya di atas bahu timbalan perdana menteri tetapi kali ini, Muhyiddin menyerahkan beban itu untuk digalas oleh Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kenapa Umno lari daripada norma biasa di mana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin, yang mana (beliau) akan menjadi pengarah pilihan raya setiap kali pilihan raya kecil berlaku bagi BN.

"Kali ini kenapa dia (Muhyiddin) lari. Mana janjinya untuk jambatan di Manek Urai. Mana janji dia untuk memberikan sumbangan untuk warga tua di Manek Urai. Ke mana dia lari?" katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Salahudin berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung keputusan BN melantik Tengku Razaleigh mengetuai jentera BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaiman Isnin lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim menewaskan calon BN Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

azlanCalon PAS itu mendapat 4,399 undi menewaskan Mohd Saufi yang memperolehi 3,753 undi.

Majoriti pengundi di kawasan ini terdiri daripada seramai kira-kira 6,200 pengundi Melayu, diikuti 2,000 Orang Asal, 1,900 pengundi Cina dan juga India (170).

Pada sidang media itu juga, Salahudin berkata PAS tidak menghadapi masalah walaupun ketua Umno Gua Musang yang mesra dengan panggilan 'Ku Li' itu akan mengetuai jentera pilihan raya kecil BN.

Ini kerana, dakwanya, parti itu mempunyai hubungan "sangat akrab" dengan ahli parlimen Gua Musang berkenaan kerana puteran raja tersebut pernah dan sedang bersama-sama PAS memperjuangkan isu royalti minyak di Kelantan.

azlanBagaimanapun, Salahudin turut mengingatkan supaya ahlinya tidak meremeh dan merendah keupayaan jentera pilhan raya lawan untuk mempertahankan DUN tersebut.

Menurutnya, PAS akan menghadapi "cabaran yang cukup besar".

"Jentera pilihan raya parti perlu bersiap sedia. Jangan ada (ahli) yang terlalu yakin, (dan) rasa selesa untuk menghadapi pilihan raya. Tingkatkan keupayaan dan komitmen untuk mengadapi pilihan raya. Kita perlu menghadapinya dengan penuh kebjaksanaan," katanya.

Katanya, PAS pusat akan bermesyuarat bagi membincangkan persediaan parti itu termasuk melantik pengarah pilihan rayanya yang akan diumumkan dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, mesyuarat berkenaan akan diadakan di Pusat Khidmat DUN Gombak Setia Ahad ini jam 3 petang.


View the original article here

PKR: Tiada tindakan terhadap Zaid Ibrahim

PKR menegaskan tidak ada sebarang arahan dikeluarkan bagi mengambil tindakan disiplin terhadap Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim .

Menurut biro politiknya, mereka juga tidak menerima sebarang aduan berhubung bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

azlanDalam satu kenyataan hari ini, biro yang dipengerusikan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut "menyangkal fitnah dan maklumat palsu berkenaan perkara ini."

Bagaimanapun, masih tidak jelas apakah "perkara ini" yang dimaksudkannya.

Mengulas berhubung perjalanan proses pemilihan cabangnya negara setakat ini, biro berkenaan juga meminta jawatankuasa pemilihan pusat PKR segala aduan keganasan, kekecohan dan tindakan liar yang melanggari kod tatalaku pemilihan bagi tujuan menggagalkan mesyuarat .

"Jawatankuasa pemilihan pusat mempunyai kuasa untuk membuat keputusan serta mengambil tindakan displin berkenaan penglibatan anggota-anggota tersebut dalam proses pemilihan parti termasuk mengundi, menjadi calon mahupun berkempen," kata biro itu.

Kenyataan itu juga menjelaskan, PKR akan mengkaji kes-kes mana-mana calon dan anggota yang memburukkan parti serta pimpinannya melalui media selepas kalah dalam pemilihan.


View the original article here

Polis siasat kes gaduh pemilihan PKR Kota Raja

Polis sedang menyiasat kes pergaduhan semasa pemilihan perwakilan PKR Cabang Kota Raja di Shah Alam, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin berkata pihaknya menerima enam laporan polis daripada kedua-dua pihak yang terlibat dalam pergaduhan semasa proses pemilihan yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di Bukit Naga.

Beliau berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan dan sedang dalam roses mengambil keterangan daripada mereka yang terlibat termasuk eco Selangor Xavier Jayakumar dan calon Ketua Cabang Kota Raja S Kottapan.

"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata dan Seksyen 148 kanun yang sama kerana merusuh," katanya ketika dihubungi semalam.

Laporan sebuah akhbar hari ini berkata Kottapan yang kini dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di Klang mendakwa beliau diserang oleh hampir 40 samseng yang didalangi oleh seorang pemimpin utama PKR pusat.

Kenyataan itu bertentangan dengan dakwaan beberapa pemimpin PKR termasuk Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution bahawa kekecohan yang berlaku pada pemilihan di beberapa cabang PKR di seluruh negara Ahad lalu adalah angkara 'orang luar'.

Kottapan juga mendakwa tiga anaknya yang lain turut dibelasah samseng serta dihentak dengan kerusi, kayu dan topi keledar.

Sementara itu, Dr Xavier ketika diminta mengulas kenyataan Kottapan berkata dakwaan Kottapan bahawa beliau membelasah calon yang menentangnya bagi merebut jawatan Ketua Cabang adalah satu fitnah yang hanya mahu menjatuhkan nama beliau.

Katanya tindakan Kottapan mungkin kerana tidak berpuas hati kerana sudah kalah teruk dengan perbezaan undi lebih 700 dengannya.

Ditanya mengenai dakwaan Kottapan kejadian itu adalah angkara Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Dr Xavier berkata itu adalah fitnah yang paling besar.

Mohamed Azmin tidak datang ke cabang itu dan mengapa perlu namanya disebut dalam kejadian berkenaan, katanya lagi.

Dr Xavier berkata beliau akan berunding dengan peguamnya esok mengenai kejadian itu.

- Bernama


View the original article here

Lim: Pendedahan RM5 juta beli ADUN betul

Dua tahun sudah berlalu dan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee masih menunggu tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan yang dibuatnya mendakwa ditawarkan RM5 juta untuk berpaling tadah kepada BN.

Bagaimanapun, Lim berkata beliau tidak akan 'mengejar' SPRM supaya bertindak kerana adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menghubungi beliau atau bertindak apabila siasatan mereka selesai.

azlan"Saya telah berikan segala butiran dan menyerahkan semua bukti kepada pegawai Suruhanjaya, jadi terpulang untuk mereka bertindak sekarang,” katanya.

Lim berkata beliau telah berjumpa beberapa pegawai Suruhanjaya itu, daripada pengarah kepada pegawai penyiasat, tetapi sehingga sekarang belum mendapat sebarang khabar.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pegawai yang beliau berhubungan tetapi mendakwa sesetengah daripada mereka telah dipindahkan ke cawangan lain selepas beliau membuat laporan.

Malaysiakini masih belum mendapat pengesahan berhubung perkara itu daripada SPRM.

Lim juga mengesahkan artikel terbaru oleh penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berhubung beberapa kertas siasatan mengenai laporannya ke SPRM sebagai benar.

Kertas berjudul 'Laporan Siasatan Awal' (No. 11/2008) dikeluarkan oleh SPRM cawangan Seberang Perai dan ditandatangani oleh seorang pegawai kanan, Mahani Din bertarikh 10 Disember, 2008.

mahadzir khalidMenurut laporan itu, siasatan dipercayai tertumpu kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Mahazir Khalid (kanan) dan 'orang tengahnya' Tan Yak Siew.

Menurut laporan itu lagi, pada 9 September 2008, sebuah mesyuarat diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai, antara Lim and Mahazir.

Mahazir didakwa mengesahkan bahawa beliau akan membayar RM5 juta kepada Lim (untuk berpaling tadah) dan sekiranya beliau menuntut bayaran lebih, perkara berkenaan akan dibincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan itu, Lim, yang sekarang ini exco kerajaan negeri Kedah dimaklumkan bahawa beliau akan ditawarkan 'beberapa projek' jika menyertai BN.

Sebelum ini, timbul ura-ura bahawa Lim, bersama beberapa ADUN PKR yang lain - Tan Show Kang (Sidam), S Manikumar (Bukit Selambau) - dan ADUN DAP Lee Guan Aik (Kota Darulaman), akan berpaling tadah.

[Baca berita penuh]


View the original article here

Dr M: Wawasan 2020 mungkin tidak tercapai...

Arkitek Wawasan 2020 Tun Dr Mahathir Mohamad percaya sasaran untuk mencapai matlamatnya pada 1991, berkemungkinan tidak menjadi kenyataan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

"Sama ada Wawasan 2020 boleh dicapai atau tidak, kebimbangan saya ialah ianya tidak dapat dicapai pada tahun 2020 ... mungkin kemudiannya," katanya, mengulangi pandangannya yang pernah disuarakanya sebelum ini.

mahathir and rais yatim pc 190309 01Namun, Dr Mahathir (kiri) berkata, sasaran matlamat tersebut masih boleh dicapai jika kerajaan menukar cara bertindak dan mencari "halatuju baru dan strategi yang berbeza", daripada terus bergantung kepada
pelaburan langsung asing.

Beliau juga menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang sebagai tidak cukup kuat untuk memastikan kestabilan.

Walaupun angka pertumbuhan ekonomi agak baik pada kadar 6 peratus, Dr Mahathir berpendapat bahawa cabarannya ialah supaya rakyat dapat merasainya.

[Baca berita penuh]


View the original article here

Diskaun Melayu: Selepas Pua, MB S'gor juga disiasat

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menghabiskan masa satu jam setengah di balai polis Shah Alam hari ini bagi menjawab dakwaan bahawa beliau mempersoalkan hak Melayu pada sebuah forum ekonomi dua bulan lalu.

NONEKatanya, beliau juga dimaklumkan oleh polis bahawa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan juga dipanggil bagi merakamkan kenyataannya.

Bercakap kepada wartawan selepas meninggalkan balai polis itu pada jam 3.10 petang, Pua berkata beliau disiasat mengikut Akta Hasutan kerana membuat cadangan pemansuhan diskaun bumiputera bagi pembelian hartanah mewah.

Menurut Pua, pegawai penyiasat itu juga menggunakan laporan Utusan Malaysia bertarikh 27 Julai yang bertajuk Cadangan Ahli Parlimen PJ Utara kepada kerajaan Selangor - Mansuh diskaun bumiputera, digunakan sebagai rujukan siasatan berkenaan.

"Mereka minta saya mengimbas semula apa yang saya kata dan saya jelaskan bahawa saya merujuk kepada diskaun untuk pembelian hartanah mewah (untuk bumiputera) dimansuhkan dan manfaatnya sebaliknya disalurkan kepada golongan miskin,” katanya.

Pua pada bulan lalu mencadangkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya diskaun bumiputera sebanyak tujuh peratus bagi pembelian rumah lebih RM500,000 dan hartanah komersial bernilai lebih RM2 juta dimansuhkan ketika menghadiri dialog belanjawan.

NONEBerikutan itu, 22 laporan polis dibuat ke atasnya oleh beberapa bahagian Pemuda Umno di Selangor yang menuntut Pua disiasat mengikut Akta Hasutan.

Setiausaha publisiti DAP itu juga menerima sebutir peluru hidup M16 berikutan kenyataannya dengan sekeping nota yang mengancam keselamatan keluarganya.

[Baca berita penuh]


View the original article here

PKFZ: Perbicaraan kes 3 individu ditangguh ke 8 Nov

Perbicaraan kes membabitkan tiga individu didakwa membuat tuntutan palsu membabitkan jumlah berjuta-juta ringgit dalam projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), yang sepatutnya bermula di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini, ditangguhkan ke 8 Nov depan.

azlanHakim Asmadi Hussin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam V Sithambaram, mewakili arkitek Bernard Tan Seng Swee, dari BTA Architect, yang merupakan perunding PKFZ untuk menangguhkan kes itu berikutan pihaknya baru menerima sebanyak 101 dokumen tambahan pada Isnin lalu.

Sithambaram berkata pihaknya juga memerlukan masa untuk merujuk dokumen berkenaan kepada pihak konsultan memandangkan ia bersifat teknikal.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Steven Abok juga memaklumkan bahawa pihaknya baru menerima dokumen berkenaan pada hari sama dan beliau memerlukan masa untuk menelitinya.

port klang free zone pkfz auditKetua Unit Pelucuthakan Harta, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad yang mengetuai pendakwaan mengesahkan bahawa pihaknya menghantar dokumen tambahan berkenaan kepada pihak pembelaan pada Isnin lalu.

Beliau berkata pihaknya tidak membantah terhadap permohonan pihak pembelaan demi keadilan semua pihak dan bagi mengelakkan saksi-saksi dipanggil semula untuk memberi keterangan.

Dzulkifli memberi jaminan bahawa kes itu akan berjalan seperti yang ditetapkan.

Selain Tan, 48, dan Abok, 51, seorang lagi tertuduh dalam kes itu ialah bekas pengurus projek KDSB Law Jenn Dong, 51, diwakili oleh peguam Justin Wee yang hadir bagi pihak peguam Tan Hock Chuan.

Abok dan Tan menghadapi dua tuduhan menipu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membabitkan tuntutan RM5.42 juta pada 31 Julai dan 21 Sept 2007.

Tan dan Law menghadapi 24 pertuduhan menipu LPK bagi mendapatkan pengesahan pembayaran sebanyak RM116.85 juta kepada KDSB membabitkan dua projek di PKFZ,
antara 30 Jun 2006 dan 30 Mei 2008.

- Bernama


View the original article here

Perpaduan Melayu: Nik Aziz ajak ahli Umno sertai PAS

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengajak ahli Umno menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

NONEMursyidul Am PAS itu berkata, ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti berkenaan.

"Umno tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu PAS. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain daripada PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian komputer riba kepada 200 pelajar Kolej Masterskil Kampus Metro Kota Bharu, di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, agar Umno tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Cina pun boleh jadi calon PAS di Galas

Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada PAS demi perpaduan orang Melayu selain mengelakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu tersebut.

Nik Abdul Aziz juga menegaskan perkara tersebut sudah sekian lama menjadi hasratnya.

azlanDitanya mengenai calon untuk pilihan raya kecil tersebut, Nik Aziz berkata PAS tidak mempunyai masalah untuk memilih calonnya.

"Sebagai sebuah parti yang sentiasa berada dalam persiapan sama ada musim pilihan raya atau tidak, soal calon sudah lama dikenal pasti, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

"Apatah lagi apabila PAS sudah ada kelab penyokong bukan Islam iaitu Cina yang boleh diletakkan sebagai calon jika perlu, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya.

Kerusi Galas kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima dari parti PAS meninggal akibat barah usus pada Isnin lalu.

- Bernama


View the original article here

JK munajat royalti: Ulama muda seperti 'balaci' Umno

Pengganjur munajat royalti Rakyat Kelantan hari ini menyelar keras tulisan seorang ulama muda Umno - yang berpendapat salah menetapkan angka, masa dan tempat bagi berdoa - memperlihatkan mereka seperti "balaci" parti itu dalam melawan tindakan yang tidak sealiran.

"Diharapkan ulama muda Umno kembali kepada niat asal mereka menyertai Umno seperti yang mereka war-warkan dahulu, iaitu mahu membaiki Umno, dan mahu menjadi penegur Umno," kata jawatankuasa misi tersebut.

young ulama join umno 250610 03 Semalam, Fathul Bari Mat Jahya menulis dalam kolumnya di Malaysiakini bahawa menetapkan angka, masa dan tempat bagi doa yang tidak terdapat dalam Al-Quran dan Al-Sunnah adalah perbuatan yang menyanggahi petunjuk Rasul.

Graduan hadis daripada Jordan dan Madinah itu berkata sekiranya rakyat Kelantan merasakan hak mereka dirampas, doa orang yang dizalimi sudah cukup mustajab.

Justeru, Fathul Bari mencadangkan, jumlah RM400 ribu yang dikumpulkan sebaiknya digunakan untuk program ilmiah bersesuaian dengan keadaan masyarakat Islam di negara ini yang ketandusan ilmu dan ulama.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, cadangan itu bersifat umum dan turut ditujukan kepada kerajaan pusat pimpinan BN.

Dalam kenyataan pengerusi bersama jawatankuasa itu Wan Mohd Johari Wan Omar dan Md Zulaimi Kazin hari ini, mereka mempertahankan tindakan menghantar 40 ulama dan tok guru pondok di Kelantan untuk bermunajat di Mekah sebagai tidak bercanggah dengan syariah.

"Kami melihat, tindakan kami ini tidak bercanggah dengan syariah, terutamanya tidak terdapat sebarang larangan nas syarak terhadap tindakan kami ini," kata mereka sambil menambah bahawa ia tidak seperti larangan nyata pengharaman judi bola sepak yang "didiamkan" oleh golongan itu.

290910 pengerusi bersama munajat royalti kelantan wan mohd johari wan omarWan Mohd Johari (kiri) dan Md Zulaimi berkata, selari dengan kelebihan menunaikan solat di Masjidil Haram, pihaknya menghantar golongan itu "agar mereka dapat bertawasul dengan amalan soleh sendiri, untuk dimustajabkan doa oleh Allah supaya hak rakyat kelantan dikembalikan."

"Penghantaran 40 orang ulama ini, menggunakan duit derma dan sumbangan orang ramai. Ia tidak ada satu sen pun dari tabung dana kerajaan negeri, yang merupakan harta rakyat Kelantan.

"Keadaan ini tidak sama seperti tindakan kerajaan pusat pimpinan Umno, mengambil dana kerajaan untuk membayar kepada syarikat Yahudi, APCO sebanyak RM 77 juta setahun," sindir mereka.

Jawatankuasa itu juga memaklumkan pada 28 November depan, sebelum bertolak ke Mekah, satu majlis munajat yang sama akan diadakan di suatu tempat di Selangor.


View the original article here

Permit penerbitan: Malaysiakini saman kerajaan

Tindakan kerajaan menolak permohonan permit bagi menerbitkan akhbar oleh Malaysiakini akan dicabar di mahkamah.

Malaysiakini - yang memfokus isu politik, rasuah dan isu sosial - memfaikan kesnya di Mahkamah Tinggi hari ini bagi mencabar tindakan Kementerian dalam Negeri yang menolak permohonannya.

NONELaman sesawang berita perintis itu adalah saluran utama bagi rakyat mendapatkan maklumat utama sejak sedekad yang lalu berikutan sebahagian besar akhbar utama dan stesen penyiaran dikuasai oleh kerajaan.

“Saya tidak lihat mengapa kami tidak dibenarkan menerbitkan sebuah akhbar,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Premesh Chandran (kanan) kepada AFP.

"Ia adalah hak perlembagaan dan Malaysiakini telah berada sejak sepuluh tahun lalu dan kami telah membuktikan bahawa kami mempunyai rekod sebagai laman berita yang bebas, seimbang dan kredible.”

Semua akhbar di Malaysia memerlukan permit yang perlu diperbaharui setiap tahun.

Sistem perlesenan memperuntukkan kerajaan menutup syarikat media di negara ini mengikut budi bicaranya dan meletakkan tekanan ke atas penerbit supaya mematuhi arahannya.

Bagiamanapun, Malaysiakini dan beberapa media online berjaya kekal bebas - di sebalik serbuan dari semasa ke semasa, larangan dan bidasan kerajaan - kerana pada pertengahan 90an kerajaan berikrar tidak akan membuat penapisan atau sekatan di internet untuk menarik pelabur asing.

Chandran berkata Malaysiakini, yang mempunyai 1.8 juta pembaca setiap bulan ingin melancarkan akhbar sendiri bagi mencapai lebih ramai pembaca. Operasi di laman sesawang portal berita itu tidak terjejas dengan keputusan kementerian berkenaan.

NONE"Ini adalah petanda bahawa tiada perubahaan (oleh kerajaan). Ini adalah polisi yang berterusan bagi mengenakan kawalan ketat ke atas media cetak dan penyiaran,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengambil-alih tampuk pemerintahan negara tahun lalu telah memberi jaminan untuk mengamalkan dasar yang lebih terbuka dan telus tetapi sehingga hari ini, ia dilihat lebih berusaha melenyapkan pengkritiknya.

Pegawai Kementerian Dalam Negeri gagal dihubungi untuk ulasan tetapi dalam sepucuk suratnya bertarikh 19 Ogos lalu kepada Malaysiakini berkata “kementerian telah mengambil keputusan untuk tidak mempertimbangkan permohonan permit penerbitan”. Tiada alasan yang diberikan.

[Baca berita penuh]


View the original article here