Thursday, September 30, 2010

'Tangkap Zunar tidak bantu kemajuan demokrasi'

Konsensus Bebas mempersoalkan tindakan Kementerian Dalam Negeri menangkap kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) dan merampas buku-buku beliau.

NONE"Setakat ini masih tidak jelas sama ada Zunar ditangkap atas Akta Hasutan atau Akta Mesin Percetakan dan Penerbitan, dan sama ada perintah pengharaman buku "Cartoon-o-phobia" telah di keluarkan oleh KDN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Konsesus Bebas terdiri daripada ahli parlimen bebas - Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Wee Choo Keong (Wang Maju), Datuk SeriZahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru).

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan tersebut menimbulkan persepsi bahawa kerajaan tidak bersikap toleransi terhadap pendapat yang bercanggah dengan pendirian rasmi.

"Tindakan itu juga boleh dianggap sebagai taktik buli untuk menyekat penyebaran pendapat tersebut. Persepsi sedemikian tidak akan membantu usaha kerajaan untuk memajukan proses demokrasi di negara ini.

NONE"Langkah memberkas seorang kartunis dan menyekat buku karyanya - ketika perdana menteri yang sedang berada di New York, berusaha meyakinkan betapa progresifnya Islam kepada Presiden Obama dengan tawaran membantu menangani Islamophobia di Amerika Syarikat - akan menjejaskan imej perdana menteri di mata kerajaan negara tersebut," tegasnya lagi

Konsensus Bebas juga berpendapat golongan karyawan mestilah diberi ruang yang munasabah untuk mereka menjadi kreatif.

"Bagaimanapun, Konsensus Bebas menyeru golongan karyawan supaya peka dengan keadaan masyarakat majmuk yang wujud di negara ini.

"Para seniman dan karyawan perlu faham bahawa seni dan karya tidak memberikan mereka lesen besar untuk berbuat sesuka hati mereka. Setiap hak datang bersamanya tanggungjawab, dan had berkarya.

ngo support zunar cartoon pc 260910 representatives"Janganlah kita berselindung di sebalik seni untuk memfitnah, mencerca, membohongi atau melakukan sesuatu yang boleh mencetuskan ketegangan agama dan ketidakharmonian kaum.

"Atau menghina peribadi seseorang. Apatah lagi memperlekeh, menghina atau mencerca mana-mana agama atau bangsa," tegasnya.

Berikutan itu, katanya, biarlah rakyat yang membuat keputusan untuk menerima atau menolak hasil seni mereka melalui kuasa pasaran.

"Konsensus Bebas juga berpendapat, di zaman Internet, langkah-langkah untuk mengharam sebarang buku adalah lapuk kerana maklumat kini lebih bebas dan mudah diperolehi dari sumber-sumber alternatif," katanya lagi.


View the original article here

No comments:

Post a Comment