Tuesday, September 28, 2010

Muhyiddin: Kerajaan belum putuskan jual PLUS

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata kerajaan belum lagi memutuskan sama ada akan menjual kepentingan miliknya melalui Khazanah Nasional Bhd dalam Plus Expressways Bhd (PLUS) kepada mana-mana pihak.

plus highway 181108"Belum ada apa-apa perkara muktamad. Kalau ada apa-apa perkembangan nanti akan dimaklumkan kemudian," katanya ketika ditemui selepas majlis pembukaan Simposium Pasaran Modal Dunia di Kuala Lumpur, hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Baru-baru ini, terdapat laporan mengatakan Khazanah Nasional bercadang untuk menjual pegangannya di dalam PLUS.

Khazanah mempunyai pegangan secara langsung sebanyak 16.74 peratus di dalam PLUS dan 38.51 peratus melalui UEM Group.

NONEMengulas kos sebenar pengambilalihan projek empangan hidroelektrik Bakun oleh kerajaan negeri Sarawak daripada kerajaan pusat, Muhyiddin berkata, soal terperinci mengenai harga sebenar dan cara penjualan akan dimaklumkan kemudian.

Bagaimanapun, beliau percaya harga penjualan adalah berpatutan dan akan diterima oleh kedua-dua pihak.

Mengenai cadangan untuk memperdagangkan ringgit di pasaran antarabangsa, Muhyiddin berkata, kerajaan belum ada cadangan melaksanakannya pada masa ini.

Beliau berkata, banyak perkara perlu diteliti sebelum melaksanakannya.

"Banyak perkara perlu diteliti walaupun kita yakin dalam tempoh dasar yang kita amalkan ini telah memberi kesan yang amat baik kepada negara tetapi kita belum ada cadangan untuk dagangkan ringgit di luar negara," katanya.

- Bernama


View the original article here

No comments:

Post a Comment