Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail menolak dakwaan keluarga mangsa kononnya polis tidak bertindak sewajarnya untuk menyiasat kehilangan usahawan berusia 34 tahun itu sejak awal tahun ini.
"Kita sahkan ada terima laporan pada 29 Mac lepas di Balai Polis Klang oleh abang mangsa, Dr Kasi Viswanathan, berhubung penipuan yang didakwa dilakukan oleh "Polis Bukit Aman" yang meminta sejumlah bayaran bagi membebaskan usahawan India itu. Jadi pada masa itu kita siasat kes tersebut di bawah penipuan.
"Polis kemudian bertindak dan menyiasat kes tersebut sebagai orang hilang apabila satu laporan dibuat oleh isterinya, Usharani pada 8 Sept lepas," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.
Beliau berkata walaupun pada awalnya kes itu disiasat bagi kes penipuan, namun pada masa yang sama polis telah berusaha untuk menjejaki usahawan itu.
"Pegawai penyiasat telahpun cuba mengesan Muthuraja, namun tidak berhasil, sehinggalah pada 8 September lepas, apabila satu laporan dibuat tentang kehilangan Muthuraja, barulah kita siasat lebih mendalam lagi dengan kaitannya dengan siasatan kes jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain," katanya.
Beliau meminta ahli keluarga Muthuraja agar memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan kes itu secara terperinci dan meminta mereka mendapatkan sumber yang sahih untuk mengetahui sebarang perkembangan terkini terhadap siasatan itu.
"Untuk mengelakkan daripada mendapat maklumat daripada individu-individu atau mana-mana pihak yang tiada kaitan dengan kes ini, kita telah melantik pegawai penghubung untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada keluarga mangsa," katanya.
Hussin berkata ekoran laporan kehilangan usahawan itu, polis telah menahan dua lelaki tempatan secara berasingan iaitu di Taman Wilayah, Selayang dan Kampung Laksamana, Batu Caves sejak 10 hari lepas.
Ketika diminta mengulas tempoh tahanan reman lima suspek kes pembunuhan Sosilawati yang tamat Jumaat ini, Hussin berkata polis belum membuat sebarang keputusan sama ada menyambung reman atau tidak kelima-lima suspek terbabit.
- Bernama
Karpal yang juga adalah peguambela yang mengetuai pihak pembelaan berkata menarik balik dakwaan adalah cara terbaik untuk menarik 'duri dalam daging' yang disebut oleh Branson.
"Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur.
"Jika perdana menteri dan isterinya bersedia diheret, jadi biarkannya. Pasukan pembela memberi jaminan bahawa semua kebenaran akan didedahkan,” katanya.
Katanya surat pemakluman itu dihantar pada 12.45 tengah hari semalam sejurus selepas pihaknya menerima surat pengesahan kematian penyandang kerusi itu, Chek Hashim Sulaima.
Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim memenangi kerusi DUN Galas setelah menewaskan calon Barisan Nasional Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi apabila beliau memperoleh 4,399 undi manakala Mohamad Saufi mendapat 3,753 undi.
Namun, hakim memutuskan, bayaran berkenaan hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.
"Setakat ini masih tidak jelas sama ada Zunar ditangkap atas Akta Hasutan atau Akta Mesin Percetakan dan Penerbitan, dan sama ada perintah pengharaman buku "Cartoon-o-phobia" telah di keluarkan oleh KDN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Langkah memberkas seorang kartunis dan menyekat buku karyanya - ketika perdana menteri yang sedang berada di New York, berusaha meyakinkan betapa progresifnya Islam kepada Presiden Obama dengan tawaran membantu menangani Islamophobia di Amerika Syarikat - akan menjejaskan imej perdana menteri di mata kerajaan negara tersebut," tegasnya lagi
"Janganlah kita berselindung di sebalik seni untuk memfitnah, mencerca, membohongi atau melakukan sesuatu yang boleh mencetuskan ketegangan agama dan ketidakharmonian kaum.
Beliau yang merupakan pengerusi jawatankuasa tetap perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan negeri Selangor berkata ini kerna terdapat khabar angin bahawa program itu adalah anjuran sebuah pertubuhan seni silat dan PERKASA.
"Hubungan antara kaum di Cempaka dan kawasan parlimen Pandan adalah begitu baik sekarang ini, maka penduduk tidak mahu melihat ia terjejas akibat majlis tersebut," tambahnya.
Mereka mempertikaikan tindakan kolej berkenaan yang membuat pembatalan mengejut itu tanpa mendapatkan sebarang pandangan daripada mahasiswanya.
Kolej itu pagi ini membatalkan persembahan Namewee di kampus Kajang ekoran hasrat PERKASA untuk 'mengekori' ke mana saja penyanyi rap kontroversi itu mengadakan siri jelajahnya.
Mereka dilihat tiba ke perkarangan dewan itu kira-kira jam 8.45 malam dengan beberapa dari mereka membawa sepanduk PERKASA dan bendera Malaysia serta dan gambar Namawee yang dibakar. Kumpulan itu juga melontarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.
Pada jam 9.30 malam, akibat kekecohan di luar dewan itu, pihak penganjur memutuskan untuk menamatkan sesi berkenaan.
Mereka membakar gambar awak?
Beliau berkata, ada kemungkinan warga emas yang memulangkan wang ehsan itu tidak mendaftar lagi dalam sistem yang disediakan oleh kerajaan negeri dan mereka mungkin dipengaruhi oleh sesetengah pihak.

Kedua-dua ketua sayap Umno bahagian itu berpendapat kenyataan penolong setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan itu juga sebagai bayangan bahawa mereka takutkan kekalahan.
"Kenyataan ini adalah kata-kata orang penakut tidak bertempat dan ingin saya tegaskan Umno dan BN tidak mempunyai erti kata takut untuk bertanding pada pilihan raya kecil ini," katanya kepada Bernama.
"(Tulisnya) NUJ telah mati mati lama dahulu. Itu yang menyentuh perasaan saya.
Katanya, setelah "menjaga periuk nasi" selama 12 tahun di zaman "regim "presiden lama Norilla Daud , "dendamnya" itu terubat apabila mendapati ramai wartawan pelbagai akhbar kini menyokong agenda yang dimuatkan dalam manifestonya.
Bagaimanpun, peguam veteran itu, tampil di Malaysiakini, semalam untuk memberikan versi ceritanya mengenai apa yang berlaku pada hari Ahad lalu.
Menurutnya, secara tetiba, seseorang ahli kemudiannya membuat bantahan dan menuntut kiraan semula dijalankan. Apabila ini dijalankan kelebihan undinya merosot secara misteri dan Sivarasa hanya mendapat 121 undi.
Galas adalah antara tiga DUN dalam parlimen Gua Musang yang diwakili oleh Tengku Razaleigh. Dua lagi DUN ialah Nenggiri dan Paloh yang menangi oleh BN.
Katanya, telah menjadi kelaziman bagi BN meletakkan tanggungjawab pengarah pilihanraya di atas bahu timbalan perdana menteri tetapi kali ini, Muhyiddin menyerahkan beban itu untuk digalas oleh Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Calon PAS itu mendapat 4,399 undi menewaskan Mohd Saufi yang memperolehi 3,753 undi.
Dalam satu kenyataan hari ini, biro yang dipengerusikan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut "menyangkal fitnah dan maklumat palsu berkenaan perkara ini."
"Saya telah berikan segala butiran dan menyerahkan semua bukti kepada pegawai Suruhanjaya, jadi terpulang untuk mereka bertindak sekarang,” katanya.
Menurut laporan itu, siasatan dipercayai tertumpu kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Mahazir Khalid (kanan) dan 'orang tengahnya' Tan Yak Siew.
Namun, Dr Mahathir (kiri) berkata, sasaran matlamat tersebut masih boleh dicapai jika kerajaan menukar cara bertindak dan mencari "halatuju baru dan strategi yang berbeza", daripada terus bergantung kepada
Katanya, beliau juga dimaklumkan oleh polis bahawa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan juga dipanggil bagi merakamkan kenyataannya.
Berikutan itu, 22 laporan polis dibuat ke atasnya oleh beberapa bahagian Pemuda Umno di Selangor yang menuntut Pua disiasat mengikut Akta Hasutan.
Hakim Asmadi Hussin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam V Sithambaram, mewakili arkitek Bernard Tan Seng Swee, dari BTA Architect, yang merupakan perunding PKFZ untuk menangguhkan kes itu berikutan pihaknya baru menerima sebanyak 101 dokumen tambahan pada Isnin lalu.
Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad yang mengetuai pendakwaan mengesahkan bahawa pihaknya menghantar dokumen tambahan berkenaan kepada pihak pembelaan pada Isnin lalu.
Mursyidul Am PAS itu berkata, ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti berkenaan.
Ditanya mengenai calon untuk pilihan raya kecil tersebut, Nik Aziz berkata PAS tidak mempunyai masalah untuk memilih calonnya.
Semalam, Fathul Bari Mat Jahya menulis dalam kolumnya di Malaysiakini bahawa menetapkan angka, masa dan tempat bagi doa yang tidak terdapat dalam Al-Quran dan Al-Sunnah adalah perbuatan yang menyanggahi petunjuk Rasul.
Wan Mohd Johari (kiri) dan Md Zulaimi berkata, selari dengan kelebihan menunaikan solat di Masjidil Haram, pihaknya menghantar golongan itu "agar mereka dapat bertawasul dengan amalan soleh sendiri, untuk dimustajabkan doa oleh Allah supaya hak rakyat kelantan dikembalikan."
Laman sesawang berita perintis itu adalah saluran utama bagi rakyat mendapatkan maklumat utama sejak sedekad yang lalu berikutan sebahagian besar akhbar utama dan stesen penyiaran dikuasai oleh kerajaan.
"Ini adalah petanda bahawa tiada perubahaan (oleh kerajaan). Ini adalah polisi yang berterusan bagi mengenakan kawalan ketat ke atas media cetak dan penyiaran,” katanya.