Tuesday, September 28, 2010

Isu surau, bumiputera: Wakil rakyat DAP disiasat

Beberapa perwakilan DAP sejak seminggu lalu menjadi 'tumpuan' polis dengan tiga daripada mereka dirakamkan kenyataan mereka berhubung isu membabitkan Islam dan hak keistimewaan orang Melayu.

ean yong going to shah alam police station 050110 02Menurut ketua DAP Selangor yang juga ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah (kanan), polis mengunjunginya di pejabatnya tiga hari lalu untuk mencatatkan kenyataannya.

"Mereka memberitahu saya lawatan itu adalah 'siasatan dalaman' yang berkaitan dengan isu kunjungan Teo Nie Ching ke atas sebuah surau,” katanya ketika dihubungi.

Beliau dijadualkan disoal-siasat di balai polis Kajang pada 2 Oktober ini.

NONEAhli parlimen Serdang, Teo pula dipanggil oleh polis bagi siasatan berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya kerana 'memasuki' sebuah surau di kawasan pilihan rayanya.

Perkembangan terbaru itu menghangatkan semula isu berkenaan yang sebelum ini menjadi bidasan dan modal politik sesetengah pihak tertentu.

"Saya percaya ada pihak yang cuba meneruskan tekanan terhadap isu berkenaan,” kata Ean Yong.

Seperti isu kunjungan Teo ke surau itu, satu lagi isu membabitkan diskaun pembelian hartanah bumiputera yang dipercayai hampir pudar tetapi timbul semula apabila polis mengunjungi seorang lagi ahli parlimen DAP dari Petaling Jaya Utara, Tony Pua, semalam.

NONE"Saya fikir mereka cuba menghubungi saya sebelum ini tetapi saya di luar negara.

"Saya diarahkan ke ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada Rabu ini,” katanya ketika dihubungi.

Pua pada bulan lalu mencadangkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya diskaun bumiputera sebanyak tujuh peratus bagi pembelian rumah lebih RM500,000 dan hartanah komersial bernilai lebih RM2 juta dimansuhkan ketika menghadiri dialog belanjawan.

NONEBerikutan itu, 22 laporan polis dibuat ke atasnya oleh beberapa bahagian Pemuda Umno di Selangor yang menuntut Pua disiasat mengikut Akta Hasutan.

Setiausaha publisiti DAP itu juga menerima sebutir peluru hidup M16 berikutan kenyataannya dengan sekeping nota yang mengancam keselamatan keluarganya.


View the original article here

No comments:

Post a Comment